create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!

6 March 2011

Lelaki Y sekarang berada di Kerdau, jaga keselamatan diri, isteri dan anak lelaki anda

TEMERLOH: Kehadiran Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kerdau kelmarin disambut dengan kain rentang ‘Lelaki Y sekarang berada di Kerdau, jaga keselamatan diri, isteri dan anak lelaki anda’.

Tidak siapa tahu siapa yang bertanggungjawab menggantung kain rentang berkenaan dan ia ditemui di tiga lokasi berbeza iaitu di Plaza Tol Temerloh, Jambatan Kuala Krau serta sekitar Kerdau.

Bagaimanapun, kain rentang berkenaan tidak lagi kelihatan selepas petugas pilihan raya Pas bertindak menurunkannya sebaik menerima maklumat ia dipasang.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan negeri, Ahmad Nizam Hamid, berkata tindakan menggantung kain rentang yang mengejek dan memfitnah Anwar itu satu perbuatan biadap dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau bagaimanapun tidak bercadang membuat laporan polis berhubung kain rentang berkenaan kerana menganggap polis tidak akan mengambil sebarang tindakan.

“Kami tidak bercadang membuat laporan polis kerana tidak fikir polis akan mengambil tindakan berhubung perkara itu,” katanya.

Ahmad Nizam berkata, beberapa petugas Pas yang membuat rondaan menemui kain rentang berkenaan dan mengambil tindakan pantas menurunkannya.

Sementara itu, Ahmad Nizam turut mendakwa Anwar diserang kira-kira 30 individu yang bertindak membaling batu dan memukul kenderaan dinaiki pemimpin PKR itu selain dilemparkan dengan kata-kata kesat ketika dalam perjalanan masuk ke Felda Jengka 22, malam kelmarin.

“Kami akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana jelas melanggar etika bangsa malah bertentangan undang-undang. Pilihan raya ini sepatutnya dihadapi dengan semangat demokrasi,” katanya. 

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

0 Motivasi:

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: