create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label PRK DUN Kerdau. Show all posts
Showing posts with label PRK DUN Kerdau. Show all posts

6 March 2011

Lelaki Y sekarang berada di Kerdau, jaga keselamatan diri, isteri dan anak lelaki anda

TEMERLOH: Kehadiran Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kerdau kelmarin disambut dengan kain rentang ‘Lelaki Y sekarang berada di Kerdau, jaga keselamatan diri, isteri dan anak lelaki anda’.

Tidak siapa tahu siapa yang bertanggungjawab menggantung kain rentang berkenaan dan ia ditemui di tiga lokasi berbeza iaitu di Plaza Tol Temerloh, Jambatan Kuala Krau serta sekitar Kerdau.

Bagaimanapun, kain rentang berkenaan tidak lagi kelihatan selepas petugas pilihan raya Pas bertindak menurunkannya sebaik menerima maklumat ia dipasang.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan negeri, Ahmad Nizam Hamid, berkata tindakan menggantung kain rentang yang mengejek dan memfitnah Anwar itu satu perbuatan biadap dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau bagaimanapun tidak bercadang membuat laporan polis berhubung kain rentang berkenaan kerana menganggap polis tidak akan mengambil sebarang tindakan.

“Kami tidak bercadang membuat laporan polis kerana tidak fikir polis akan mengambil tindakan berhubung perkara itu,” katanya.

Ahmad Nizam berkata, beberapa petugas Pas yang membuat rondaan menemui kain rentang berkenaan dan mengambil tindakan pantas menurunkannya.

Sementara itu, Ahmad Nizam turut mendakwa Anwar diserang kira-kira 30 individu yang bertindak membaling batu dan memukul kenderaan dinaiki pemimpin PKR itu selain dilemparkan dengan kata-kata kesat ketika dalam perjalanan masuk ke Felda Jengka 22, malam kelmarin.

“Kami akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana jelas melanggar etika bangsa malah bertentangan undang-undang. Pilihan raya ini sepatutnya dihadapi dengan semangat demokrasi,” katanya. 

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

Keputusan Penuh Pilihanraya Kecil DUN N27 dan N28

JASIN - Keputusan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau dan DUN Pahang kawasan Kerdau dijangka diketahui pada pukul 8 malam ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pusat pengundian di dua DUN itu akan mula dibuka pada pukul 8 pagi dan ditutup pukul 5 petang.

"Esok ramalan cuaca di Merlimau hujan pada sebelah petang jadi saya nasihatkan pengundi keluar awal," katanya selepas melawat Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Platinum Politeknik Merlimau di sini semalam.

Abdul Aziz berkata, SPR menjangkakan 80 peratus daripada 10,697 pengundi berdaftar DUN Merlimau akan keluar mengundi.

Beliau menasihati mereka agar menyemak terlebih dahulu pusat pengundian, membawa kad pengenalan dan tidak memakai barang larangan seperti pakaian serta lencana tertera logo parti. 

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

Keputusan Terkini Pilihanraya Kecil DUN Kerdau N28 6 March 2011

Update terkini Keputusan Pilihanraya Kecil
 
Siapa pemenang bagi Pilihanraya Kecil DUN Kerdau bakal terjawab sebentar sahaja lagi. Siapakah pemenang kerusi DUN N28 pada kali ini bergantung kepada jumlah pengundi yang turun mengundi.

Calon BN Syed Ibrahim bin Syed Ahmad 44, dan calon PAS Hassanuddin bin Salim, 43, bakal berentap untuk menentukan kerusi DUN tersebut jatuh ke tangan PAS atau BN

Jentera BN dan PAS sudah mula mengorak langkah dari bulan lepas, keaadaan agak tegang di Kerdau dengan pelbagai isu peribadi ditimbulkan. kita tunggu siapa yang menang

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: