Sultan Johor mempunyai kepentingan dalam projek jambatan laluan
antarabangsa Malaysia-Singapura yang lebih dikenali sebagai 'jambatan
bengkok', demikian Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.
Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dikatakan memperolehi kepentingan tersebut ketika baginda menjadi Tengku Mahkota pada 1998.
Ini didedahkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dalam
keterangannya hari ini.
Eskay menyaman Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pemegang saham utama syarikat tersebut, Yahya A Jalil, sebanyak RM20 juta.
Kenyataan tuntutannya menyebut bahawa defendan gagal membayarnya RM20 juta seperti yang dipersetujui kerana membantunya mendapatkan projek jambatan bengkok.
Yahya, yang merupakan pengarah Merong Mahawangsa, didakwa oleh Eskay mendapatkan bantuannya untuk mendapatkan projek tersebut dari kerajaan dan bagi mendapatkan dana asing RM640 juta untuk melaksanakan projek tersebut.
Dalam keterangannya, Eskay (kanan) berkata, dia pada awalnya mahukan kepentingan 16.66 peratus dalam Merong Mahawangsa sebagai balasan kerana berjaya membantu syarikat berkenaan mendapat projek tersebut,
Dia mendakwa, pada 3 Julai 1998 Yahya bagaimanapun telah menghubunginya dan memaklumkan kepadanya bahawa persetujuan tersebut tidak dapat dipenuhi.
“Yahya memaklumkan kepada saya berlaku perubahan keadaan dalam Merong Mahawangsa. Yahya menjelaskan kepada saya bahawa Tengku Mahkota Johor (kini Sultan Johor) akan menjadi pemegang saham dalam syarikat tersebut".
Oleh itu, katanya, Yahya memberitahunya bahawa perjanjian awal untuknya mendapat 16.66 peratus dalam syarikat tersebut tidak dapat dipenuhi.
Berikutan itu, kata Eskay, Yahya menawarkan gantirugi kepadanya sejumlah RM20 juta sebagai menggantikan pegangan 16.66 peratus dalam syarikat tersebut.

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"
0 Motivasi:
Post a Comment
"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"