create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!

22 November 2011

Detik kemuncak buruan emas

JAKARTA - Stadium Gelora Bung Karno kembali menanti kunjungan Harimau Muda.

Malam ini menjadi detik terakhir buat skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara itu berkunjung ke gelanggang keramat tersebut apabila membuat perhitungan dengan Indonesia pada aksi final Sukan SEA 2011.

Atas kertas, kedua-dua pasukan sudah memiliki ramuan tersendiri untuk bergelar 'sang juara' pada temasya Sukan SEA yang telah memasuki edisi ke-26.

Bagaimanapun, barisan Harimau Muda tidak harus terpedaya dengan provokasi daripada ribuan penyokong Sang Garuda Muda sepanjang perlawanan berlangsung kerana dikhuatiri mampu menjerat mereka di kandang lawan.

Kemenangan 1-0 yang dilakar ke atas Indonesia pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A sebelum ini juga tidak harus dijadikan sebagai 'modal' untuk mereka tampil mendabik dada.

Sebaliknya, anak-anak buah Ong Kim Swee itu seharusnya menganggap aksi final malam ini sebagai medan pertarungan yang baharu bagi mereka.

"Lebih baik para pemain melupakan kemenangan ke atas Indonesia sebelum ini. Saya tidak mahu mereka ghairah dan dibuai dengan kejayaan lalu.

"Aksi esok (malam ini) sudah pasti berbeza dengan aksi peringkat kumpulan. Indonesia sudah pasti mahu membalas dendam," jelas Kim Swee ketika ditemui pemberita di Hotel Sultan di sini semalam.

Menjelang aksi malam ini, Kim Swee menerima berita kurang menggembirakan apabila lima tonggaknya - Izzaq Faris Ramlan, Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd. Irfan Fazail, Mohd. Fandi Othman dan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria - berada dalam senarai kecederaan.

Yang pasti, Kim Swee tidak dapat menurunkan tiga pemain iaitu Izzaq yang mengalami kecederaan di bahagian lutut, Fandi dan Wan Zaharul Nizam (hamstring).

Nasib Syahrul Azwari dan Irfan pula belum diputuskan lagi kerana mereka masih berada dalam situasi keraguan, sama ada boleh diturunkan atau sebaliknya.

Biarpun terpaksa menelan hakikat tidak dapat menurunkan beberapa tonggak utamanya, Kim Swee mengakui, beliau sudah mempunyai gambaran kesebelasan utama yang akan diturunkan nanti.

"Saya masih mempunyai beberapa pemain simpanan yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan pemain yang cedera. Beberapa pemain simpanan merupakan pemain yang versatil yang boleh beraksi di sebelah kiri dan kanan.

"Bagaimanapun, ini sahaja pemain yang saya ada selepas beberapa pemain utama saya mengalami kecederaan dan tidak boleh beraksi," tambah Kim Swee.

Dengan Izzaq, Fandi dan Wan Zaharul Nizam tidak dapat beraksi, Kim Swee dijangka membuat sedikit rombakan dengan membariskan Yong Kuong Yong mahupun A. Thamil Arasu yang mampu beraksi di posisi sayap kiri dan kanan.

Mengenai kekuatan Indonesia yang sengaja menyimpan 'kuku' ketika aksi terakhir peringkat kumpulan, Kim Swee berkata, benteng pertahanannya yang diterajui Mahali Jasuli, Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas dan Mohd. Asraruddin Putra Omar berwaspada dengan tiga serangkai Indonesia, Patrich Wanggai, Titus Bonai dan Octovianus Maniani.

"Sudah tentu saya harus tahu tentang kekuatan Indonesia. Tiga pemain mereka, terutamanya di sebelah sayap kiri dan kanan (Octovianus dan Titus) harus dikawal ketat.

"Bagi mengimbangi corak permainan lawan, saya harus mengambil risiko. Sebelum ini, saya telah mengambil risiko, jadi saya akan mengambil risiko terakhir.

"Paling mustahak, para pemain negara harus mengimbangi kekuatan Indonesia dan saya harus mencari pemain yang boleh mengatasi kelajuan kedua- dua pemain sayap Indonesia itu," katanya.

Sedar kilauan emas semakin hampir berada dalam dakapan, Kim Swee menuntut komitmen dan semangat juang yang tinggi daripada anak-anak buahnya sekalipun mereka dimamah rasa penat.

"Kita sudah mara ke final, sudah tentu kita mahu pertahankan pingat emas. Ia merupakan emas yang cukup berharga jika kita dapat menewaskan Indonesia di gelanggang sendiri," ujarnya.

0 Motivasi:

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: