create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!

22 November 2011

Media Indonesia bakar semangat penyokong

JAKARTA - 'Akhiri dendam 32 tahun', 'Tragedi 1997 Jangan Terulang', 'Ulangi prestasi SEA Games 1991' dan 'Garuda Muda siap robek Malaysia'.

Itu antara tajuk utama akhbar-akhbar Indonesia menjelang aksi final antara Harimau Muda dan Garuda Muda di Stadium Gelora Bung Karno malam ini.

Ternyata 'permainan' tajuk utama akhbar-akhbar berkenaan telah membangkitkan keghairahan dan semangat para penyokong In- donesia untuk sekali lagi menggamatkan gelanggang keramat tuan rumah itu.

Bagi mereka, tiada gunanya muncul juara keseluruhan pada Sukan SEA 2011 andai Sang Garuda Muda gagal meraih pingat emas dalam acara paling berprestij temasya dwitahunan itu.

Seorang pengkritik sukan bola sepak Indonesia, Budiarto Shambazi berkata, aksi final malam ini menjadi medan terbaik buat skuad Garuda Muda membalas dendam kekalahan 0-1 Indonesia kepada Malaysia pada final edisi 1979 di Jakarta.

"Masih ramai lagi yang mengingati detik kekalahan timnas (skuad kebangsaan) Indonesia kepada Malaysia pada final Sukan SEA 1979. Inilah peluang kita untuk membalas dendam kekalahan tersebut.

"Saya cukup yakin anak-anak buah Rahmad Darmawan mampu menewaskan Malaysia, sekali gus mengakhiri penantian selama 20 tahun kita untuk memenangi emas acara bola sepak Sukan SEA," kata Budiarto ketika ditemu bual oleh stesen televisyen tempatan, RCTI semalam.

Dalam akhbar Tempo, jurucakap Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Eddi Elison dipetik sebagai berkata, Sang Garuda Muda memiliki kelebihan untuk melakar kemenangan ke atas Harimau Muda.

"Saya melihat Indonesia punya kelebihan berbanding Malaysia. Dengan barisan pemain sedia ada, tiada apa lagi yang mampu menghalang anak-anak buah Rahmad untuk muncul juara," katanya.

Buat pertama kali sejak edisi 1997, Indonesia kembali menjejakkan kaki ke pentas final. Bagaimanapun, kebanyakan penyokong Indonesia masih lagi mengingati kegagalan skuad negara itu muncul juara pada Sukan SEA 1997.

Walaupun tampil di hadapan penyokong sendiri di Stadium Utama Senayan, Indonesia tewas 2-4 kepada Thailand menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final.

Akhbar The 1st Times pula melaporkan, gelaran juara keseluruhan Sukan SEA 2011 yang hampir pasti menjadi milik tuan rumah, akan lengkap dan penuh bermakna jika Garuda Muda meraih emas acara bola sepak.

Sementara itu, Rahmad mengambil pendekatan lebih 'selamat' menjelang pertemuan malam ini biarpun media-media tempatan mula melancarkan perang psikologi ke atas skuad Harimau Muda.

"Kami harus melupakan kemenangan ke atas Vietnam (pada aksi separuh akhir) kerana misi kami masih belum selesai. Buat masa ini, saya mahu para pemain fokus menghadapi Malaysia.

"Mungkin saya akan melakukan beberapa rombakan jika ada pemain utama yang cedera belum pulih tetapi kami sudah bersiap sedia menghadapi Malaysia," katanya.

0 Motivasi:

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: