create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!

22 November 2011

Pengalaman taruhan skuad Harimau Muda

JAKARTA - Tampil selaku kapten Harimau Muda, tugas dan tanggungjawab Baddrol Bakhtiar dianggap lebih besar berbanding rakan- rakan sepasukannya.

Tambahan pula, Baddrol merupakan antara pemain senior yang masih membarisi skuad bawah 23 tahun (B-23) negara bagi menghadapi temasya Sukan SEA kali ini.

Justeru, pengalaman Baddrol serta lima lagi rakannya - Mohd. Asraruddin Putra Omar, Mohd. Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Ahmad Fakri Saarani dan K. Gurusamy - ketika membantu skuad negara memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos, amat di- tagih barisan pemain Harimau Muda bagi menghadapi Indonesia di pentas final malam ini.

"Ini perlawanan yang cukup penting bagi kami untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos dua tahun lalu. Hanya selangkah lagi untuk kami sekali lagi bergelar juara.

"Buat masa ini, para pemain negara cukup komited dan fokus bagi menghadapi aksi final.

"Walaupun agak keletihan kerana terpaksa mengharungi jadual padat tetapi mereka tetap bersemangat.

"Saya lihat, moral pemain-pemain muda negara semakin meningkat sejak perlawanan pertama lagi.

"Situasi ini baik untuk pasukan kerana kami kini semakin hampir untuk meraih emas," jelas Baddrol kepada Kosmo! semalam.

Pemain itu menambah, kehadiran beberapa pemain berpengalaman dalam skuad negara kali ini mampu memberi impak lebih berkesan untuk menghadapi Indonesia malam ini.

"Selain saya, skuad negara memiliki tiga lagi pemain pertahanan yang pernah beraksi pada final (menentang Vietnam) Sukan SEA 2009. Pengalaman mereka cukup penting bagi menghadapi aksi final esok (malam ini).

"Bagaimanapun, final kali ini sudah pasti berbeza dengan final di Laos. Paling ketara dari segi penon- ton kerana Indonesia sudah pasti akan mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri.

"Jadi, saya harap dengan adanya pemain-pemain yang pernah beraksi pada final di Laos serta final Piala Suzuki AFF tahun lalu, dapat membimbing pemain-pemain muda yang kali pertama beraksi dalam saingan final," jelasnya.

Baddrol bernasib baik kerana dapat beraksi malam ini sekalipun dia telah dilayangkan dua kad kuning.

Kad kuning pertama dikutip ketika menentang Indonesia dalam aksi terakhir Kumpulan A (17 November) sebelum dia turut mengalami nasib yang sama ketika berdepan Myanmar pada saingan separuh akhir kelmarin.

Bagaimanapun, Baddrol masih 'bebas' daripada dikenakan penggantungan satu perlawanan kerana kad kuning yang diterima pada perlawanan peringkat kumpulan, tidak lagi diambil kira selepas saingan kalah mati.

Menyedari peluang melakar seja- rah tersendiri dengan memenangi pingat emas Sukan SEA buat kali berturut-turut semakin terbuka, Baddrol turut menyimpan hasrat untuk menjaringkan gol malam ini.

"Sudah semestinya saya mahu menjaringkan gol pada aksi final. Namun, itu bukan misi utama saya, yang penting pasukan negara muncul juara," katanya yang telah merekodkan tiga gol pada Sukan SEA 2011 setakat ini.

0 Motivasi:

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: