create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!

22 November 2011

Lupakan Perlawanan Peringat Awal Jika Mahu Menang - Kim Swee

JAKARTA, 20 Nov -- "Lupakan perlawanan peringkat awal jika kita mahu menang dan kekalkan pingat emas yang dimiliki".

Ini amanat yang diberikan oleh jurulatih negara Ong Kim Swee kepada pemain skuad bola sepak negara yang akan mengharungi perlawanan akhir Sukan SEA ke-26 menentang tuan rumah Indonesia esok.

Apa yang pasti kemenangan 1-0 kepada Indonesia pada perlawanan peringkat Kumpulan A pada Khamis lalu memberi pengalaman berguna kepada pemain Bawah 23 Tahun Negara agar berhati-hati dan tidak leka terhadap keputusan tersebut hinggakan terlampau ghairah memburu kemenangan.

"Saya tidak mahu mereka terlalu yakin dengan diri sendiri. Saya tahu mereka keletihan dan saya mahu mereka kenali kekuatan dan prestasi sendiri.

"Dari segi semangat, sudah pasti para pemain akan turun berhabis-habisan menentang Indonesia nanti.

"Ini merupakan halangan terakhir untuk kita mengekalkan kejuaraan di Laos dalam acara bola sepak Sukan SEA," katanya ketika ditemui pemberita di hotel penginapan kontinjen bola sepak negara berhampiran Stadium Gelora Bung Karno di sini hari ini.

Malah beliau berkata skuad negara perlu realistik ketika beraksi dalam tempoh 90 minit perlawanan itu dan turun bermain bersama psikologi bagi menghadapi tekanan pemain lawan dan juga ejekan penonton tuan rumah yang sememangnya memusuhi pasukan negara dari awal.

"Usah pedulikan ejekan mereka. Kita kena guna kecergasan yang berbaki sebaiknya. Saya percaya jika kita tekankan bermain untuk menang pada awal babak pertama, pada minit ke-60 pastinya mereka (pemain) sudah pancit kerana kita sememangnya keletihan," katanya.

Kim Swee yang kini bebas dari penggantungan satu perlawanan dari berada di tepi padang berkata masalah kecederaan yang melanda skuad negara di bahagian penyerang dan pertahanan kiri dan kanan sedikit merencatkan agenda skuadnya namun beliau optimis kerana masih mempunyai pemain yang boleh diharapkan.

Beliau digantung ekoran membantah keputusan pengadil dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Fahad Alkassar semasa pertemuan Malaysia dengan Indonesia pada Khamis lalu.

"Saya telah punyai perancangan, gambaran dan siapa yang akan diturunkan bagi pertemuan menentang Indonesia esok.

"Saya telah membuat banyak keputusan sebelum ini yang dilihat berhasil. Kali ini tekanannya lain, maka saya perlu ambil risiko dalam percaturan esok di mana lima pemain saya telah mengalami kecederaan," katanya.

Lima pemain tersebut ialah penyerang Izzaq Faris Ramlan, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (sayap kiri), Syahrul Azwari Ibrahim (pemain tengah) Muhamad Fandi Othman (pertahanan kiri) dan Mohd Irfan Fazail (pertahanan kanan).

"Kita akan terlepas sentuhan Izzaq, Wan Zaharulnizam dan Syahrul. Mereka berkemungkinan besar terlepas beraksi pada hari esok dan juga saingan peringkat kumpulan kelayakan Olimpik menentang Syria nanti kerana masing-masing alami kecederaan pergelangan kaki.

"Saya juga kehilangan dua orang kuat Irfan dan Fandi yang juga cedera dan mereka akan digantikan dengan pemain lain yang akan saya tetapkan pada latihan terakhir petang ini," katanya.

Kim Swee mengharapkan Khairul Fahmi Che Mat mampu terus cemerlang menjadi penyelamat gawang daripada dibolosi tiga penyerang tuan rumah Patrick Wanggai, Titus Bonai dan Oktovianus Maniani yang dilihat berbahaya buat gawang negara.

0 Motivasi:

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: