KUALA SELANGOR: Bekas EXCO kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali malam
kelmarin, mendedahkan ada gereja di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya
menubuhkan unit khas untuk menggerakkan agenda Kristianisasi mereka
terhadap orang Melayu.
Katanya, mereka bergerak dengan perancangan dan strategi rapi, mubaligh
Kristian berusaha mengkristiankan orang Melayu, menggugurkan kalimah
Allah, mendekati orang Melayu dan membawa Kristian ke dalam kehidupan
orang Melayu.
“Mereka datang dari United Kingdom, Jerman, Belanda, Australia, Amerika
dan Kanada. Setiap mereka yang datang diwajibkan tinggal di negara ini
sekurang-kurangnya setahun.
“Mereka mempunyai ijazah kedoktoran (PhD) dalam antropologi, sosial
psikologi, agama dan boleh berbahasa Melayu selepas belajar dalam dua
bulan. Mereka juga faham budaya, jiwa orang Melayu, sosial interaksi,
unit masyarakat orang Melayu, keluarga Melayu dan masalah orang Melayu,”
katanya pada majlis Bicara Akidah dan Kuasa Ketiga - Selamatkan Ummah
di Saujana Utama, di sini.
Hasan yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI) berkata, unit khas berkenaan
mempunyai kelebihan yang hebat kerana mereka memiliki dana tanpa had
daripada badan kristian antarabangsa.
“Beberapa orang yang sudah dibaptis datang jumpa saya menceritakan apa
yang dia dapat apabila masuk Kristian. Sewa rumah RM1,700 sebulan
dibayar, kereta dibelikan dan anak empat lima orang disara.
“Segala keperluan anak, sebut apa saja, komputer riba, kamera, i-Pad,
jelajah dunia, semua dapat. Mereka (mubaligh Kristian) berkeliaran di
hospital terutama di wad pesakit yang dikategori sebagai tidak ada
harapan sembuh.
“Duduk di hospital tujuh, lapan bulan atau setahun. Anak, suami, isteri
dan saudara tidak pergi ziarah. Siapa yang gantikan mereka? Pengembang
Kristian dari dalam dan luar negara,” katanya.
Sementara itu, Hasan menyarankan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik
Mat supaya membincangkan semula isu Israel di peringkat Majlis Syura
Ulama parti itu supaya ia dapat diperhalusi.
Katanya, kenyataan Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr Mousa Abu Marzook
yang menyangkal dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
bahawa Hamas mengiktiraf kewujudan Israel adalah bukti jelas bahawa ia
diputar-belitkan pemimpin pembangkang itu.
sumber
3 March 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Motivasi:
Post a Comment
"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"