Sisa Buangan Lynas Akan Dipindah Ke Lokasi Jauh Dari Penempatan Penduduk
KOTA BAHARU, 2 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat mengumumkan bahawa sisa buangan kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan akan dipindahkan ke lokasi lain yang jauh dari penempatan penduduk.
Perdana Menteri berkata keputusan itu diambil setelah mengambil kira
soal kelegaan masyarakat tempatan daripada segi psikologi dan emosi.
"Walaupun saintis sudah mempunyai bukti termasuk akuan dari badan-badan
antarabangsa sisa buangan itu selamat tetapi kerana masih ada orang yang
tidak puas hati yang membabitkan soal emosi dan psikologi, jadi kita
putuskan kena pindahkan sisa buangan itu ke tempat yang lebih jauh,"
katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis
Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Ramah Mesra bersama Profesional
Kelantan di sini hari ini.
Najib berkata kerajaan masih menimbang lokasi bagi sisa buangan yang akan dipindahkan itu dan akan diumumkan kelak.
Perdana Menteri menolak tanggapan bahawa keputusan itu dibuat hasil
daripada desakan pembangkang yang cuba mengeksploitasi isu berkenaan.
"Kita nak rakyat rasa selamat," katanya.
0 Motivasi:
Post a Comment
"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"