Himpunan Hijau 2.0 yang dijadualkan di padang MPK4 bidang sepanjang
Jalan Tanah Putih menunju ke bandar Kuantan akan bermula pada jam 10
pagi ini.
Perhimpunan itu sebagai membantah tindakan Lynas Advanced Material Plant
(Lamp) di Gebeng yang mahu membina sebuah loji pemprosesan nadir bumi
yang berharga RM700 juta. Syarikat berkenaan awal bulan ini mendapat
lesen operasi sementara dan kelulusan daripada Lembaga Pelesenan Tenaga
Atom (AELB) untuk memulakan operasi mereka.
Penganjur perhimpunan itu malam tadi, membuat pengumuman mengejutkan
pada tengah malam tadi di Facebook dengan mengumumkan bahawa mereka akan
berkumpul di padang MPK1 di sepanjang Jalan Mahkota pada jam 9.30 pagi.
Menurut mereka, tindakan berkumpul di padang itu yang terletak kira-kira
1.8km dari padang MPK4 bertujuan "mengelakkan kesesakan lalu lintas".
Dari padang MPK1 mereka akan berarak ke padang MPK4. Padang MPK1 sebelum
ini menjadi pilihan penganjur, namun secara tiba-tiba pada Khamis lalu,
pihak berkuasa tempatan -
Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) - mula mendirikan pagar dengan alasan
untuk "kerja-kerja menaik taraf".
Namun setelah berunding dengan polis pada Jumaat lalu, akhirnya pihak
berkuasa bersetuju membenarkan perhimpunan diteruskan dan padang MPK4
diberikan kepada orang ramai yang mahu membuat bantahan itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Motivasi:
Post a Comment
"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"