Adoi...macam mana nak mula entri ni....hati masih tak sedap lagi ni...oklah...remedy jarang nak berkongsi isu peribadi dalam blog ni tapi sekadar nak share pengalaman sendiri bila rumah dipecah masuk pencuri..(penyamun Tarbus)
Kejadian ni berlaku petang semalam...tapi waktu tepat bila penyamun tu pecah rumah aku tak pasti...tapi aku keluar rumah pukul 5.30 petang dan balik pukul 7 malam....kejadian dh berlaku...so penyamun ni menyamun time tulah.
Wife dan anak aku masih trauma dgn kejadian ni...wife aku yang sedang menunggu hari utk lahirkan anak kedua rasa dah tak selamat tinggal di rumah...anak aku siap demam dan sejak semalam senyap tak banyak cakap...kesian...dan aku pulak masih dalam keadaan pening2 lalat sebab nak ganti barang2 customer yang dibawa lari sekali oleh penyamun bengong tu.
Dua bijik lappy aku dikebasnya...termasuklah lappy kesayangan aku Lenovo tu dan sebijik HP pavillion yang baru aku beli ttak sampai 2 minggu...sebijik LCD projector (ni customer punyer)...digital camera dan 2 bijik handset...anggaran kerugian hampir rm5,000
Laporan polis dah dibuat dan dalam siasatan. Tapi D8 tak jumpa apa2 kesan cap jari asing di dalam rumah aku...sungguh licik kau penyamun...polis kata penyamun ni memang dh selalu menyamun dan guna glove...so tiada jejak.
Tapi aku tetap bersyukur kerana isteri dan anak tak apa2...barang yang hilang boleh diganti tapi isteri dan anak kesayangan aku keluar air mata darah pun....
4 Motivasi:
sabar jela bro..
penyamun2 tu fo sure akan terime balasan allah.. :)
sabar je lah kan?umah landax pun pernah kene..tapi tak seteruk anda~huhu
penyamun zaman sekarang memang melampau..bawa2 bersabar ye
mak datuk.. siang2 buat kerja mencuri? memang sungguh berani.
Post a Comment
"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"