create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label kes kecurian. Show all posts
Showing posts with label kes kecurian. Show all posts

24 February 2011

Rumah Remedy Kena Pecah Masuk

Adoi...macam mana nak mula entri ni....hati masih tak sedap lagi ni...oklah...remedy jarang nak berkongsi isu peribadi dalam blog ni tapi sekadar nak share pengalaman sendiri bila rumah dipecah masuk pencuri..(penyamun Tarbus)

Kejadian ni berlaku petang semalam...tapi waktu tepat bila penyamun tu pecah rumah aku tak pasti...tapi aku keluar rumah pukul 5.30 petang dan balik pukul 7 malam....kejadian dh berlaku...so penyamun ni menyamun time tulah.

Wife dan anak aku masih trauma dgn kejadian ni...wife aku yang sedang menunggu hari utk lahirkan anak kedua rasa dah tak selamat tinggal di rumah...anak aku siap demam  dan sejak semalam senyap tak banyak cakap...kesian...dan aku pulak masih dalam keadaan pening2 lalat sebab nak ganti barang2 customer yang dibawa lari sekali oleh penyamun bengong tu.

Dua bijik lappy aku dikebasnya...termasuklah lappy kesayangan aku Lenovo tu dan sebijik HP pavillion yang baru aku beli ttak sampai 2 minggu...sebijik LCD projector (ni customer punyer)...digital camera dan 2 bijik handset...anggaran kerugian hampir rm5,000

Laporan polis dah dibuat dan dalam siasatan. Tapi D8 tak jumpa apa2 kesan cap jari asing di dalam rumah aku...sungguh licik kau penyamun...polis kata penyamun ni memang dh selalu menyamun dan guna glove...so tiada jejak.

Tapi aku tetap bersyukur kerana isteri dan anak tak apa2...barang yang hilang boleh diganti tapi isteri dan anak kesayangan aku keluar air mata darah pun....

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

3 February 2011

Condom Bernilai 1.5 Juta dolar dicuri di Malaysia

TOKYO (AP) - Sebuah syarikat getah Jepun mengatakan bahawa hampir 85.000 kotak kondom yang telah dicuri di Malaysia.


Sagami Rubber Industries Co, salah satu pembuat kondom terbesar di Jepun, mengatakan  bahawa kotak-kotak itu dalam perjalanan dari kilang ke pelabuhan, di mana mereka seharusnya dihantar ke Jepun.

Syarikat ini menggambarkan kejadian pada 26 Januari kecurian sebagai hari yang cukup malang dan mengatakan itu adalah kes pertama kalinya berlaku.

Kotak-kotak mengandungi lebih kurang 725.000 kondom ,  bernilai hampir ¥ 121,000,000 atau ($ 1.480.000).

Polis Malaysia sedang menyiasat kecurian itu.

SUMBER

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: