create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label Asrarudin Putra Omar. Show all posts
Showing posts with label Asrarudin Putra Omar. Show all posts

22 November 2011

Pengalaman taruhan skuad Harimau Muda

JAKARTA - Tampil selaku kapten Harimau Muda, tugas dan tanggungjawab Baddrol Bakhtiar dianggap lebih besar berbanding rakan- rakan sepasukannya.

Tambahan pula, Baddrol merupakan antara pemain senior yang masih membarisi skuad bawah 23 tahun (B-23) negara bagi menghadapi temasya Sukan SEA kali ini.

Justeru, pengalaman Baddrol serta lima lagi rakannya - Mohd. Asraruddin Putra Omar, Mohd. Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Ahmad Fakri Saarani dan K. Gurusamy - ketika membantu skuad negara memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos, amat di- tagih barisan pemain Harimau Muda bagi menghadapi Indonesia di pentas final malam ini.

"Ini perlawanan yang cukup penting bagi kami untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos dua tahun lalu. Hanya selangkah lagi untuk kami sekali lagi bergelar juara.

"Buat masa ini, para pemain negara cukup komited dan fokus bagi menghadapi aksi final.

"Walaupun agak keletihan kerana terpaksa mengharungi jadual padat tetapi mereka tetap bersemangat.

"Saya lihat, moral pemain-pemain muda negara semakin meningkat sejak perlawanan pertama lagi.

"Situasi ini baik untuk pasukan kerana kami kini semakin hampir untuk meraih emas," jelas Baddrol kepada Kosmo! semalam.

Pemain itu menambah, kehadiran beberapa pemain berpengalaman dalam skuad negara kali ini mampu memberi impak lebih berkesan untuk menghadapi Indonesia malam ini.

"Selain saya, skuad negara memiliki tiga lagi pemain pertahanan yang pernah beraksi pada final (menentang Vietnam) Sukan SEA 2009. Pengalaman mereka cukup penting bagi menghadapi aksi final esok (malam ini).

"Bagaimanapun, final kali ini sudah pasti berbeza dengan final di Laos. Paling ketara dari segi penon- ton kerana Indonesia sudah pasti akan mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri.

"Jadi, saya harap dengan adanya pemain-pemain yang pernah beraksi pada final di Laos serta final Piala Suzuki AFF tahun lalu, dapat membimbing pemain-pemain muda yang kali pertama beraksi dalam saingan final," jelasnya.

Baddrol bernasib baik kerana dapat beraksi malam ini sekalipun dia telah dilayangkan dua kad kuning.

Kad kuning pertama dikutip ketika menentang Indonesia dalam aksi terakhir Kumpulan A (17 November) sebelum dia turut mengalami nasib yang sama ketika berdepan Myanmar pada saingan separuh akhir kelmarin.

Bagaimanapun, Baddrol masih 'bebas' daripada dikenakan penggantungan satu perlawanan kerana kad kuning yang diterima pada perlawanan peringkat kumpulan, tidak lagi diambil kira selepas saingan kalah mati.

Menyedari peluang melakar seja- rah tersendiri dengan memenangi pingat emas Sukan SEA buat kali berturut-turut semakin terbuka, Baddrol turut menyimpan hasrat untuk menjaringkan gol malam ini.

"Sudah semestinya saya mahu menjaringkan gol pada aksi final. Namun, itu bukan misi utama saya, yang penting pasukan negara muncul juara," katanya yang telah merekodkan tiga gol pada Sukan SEA 2011 setakat ini.

Sea games 2011: Tired tigers have little time to recharge

JAKARTA (20 Nov 2011) – Malaysia showed clear signs of fatigue against Myanmar in the semifinals yesterday and must have been relieved when Ahmad Fakri Saarani scored the winner before the 90-minutes were up. This could indeed go a long way in the team’s recovery process.

Had they played an additional 30 minutes, the Malaysians could have come off being severely exhausted and that would affect the time they need to recover before the final which is some 30 hours away.

Myanmar coach, Stefan Hannson had said last night that his team would have destroyed Malaysia if the game was extended by 30-minutes. “They were tired after playing Indonesia, we had a four day break coming into the semis,” Hansson said.

Against Myanmar, many Malaysia players were pulling up with cramps and it was obvious they were drained, especially after a difficult game against Indonesia on Thursday night. The Malaysians had a day’s rest before facing a fit Myanmar side.

“We didn’t play well in the first half, it was the price we had to play after beating Indonesia 1-0. The players were tired but in the second half they showed good character to go after the winner,” Kim Swee said.

The Young Tigers have to make the best of the one-day break they have to try and recharge their batteries in time for the crunch final tomorrow night. The final kicks-off at 7.30pm (Jakarta time).

Tomorrow’s final will surely be a difficult game and Malaysia will have to be at their very best to pull off a memorable win in Senayan to retain their title.

Sikap Negatif Penonton Boleh Rugikan Bola Sepak Negara - Ahmad Shabery

JAKARTA, 20 Nov -- Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata segala usaha untuk membangunkan sukan bola sepak negara akan musnah sekiranya penonton bertindak liar dan gagal mematuhi peraturan di dalam stadium.

Beliau memberi contoh perlawanan antara Indonesia menentang Bahrain dalam kempen kelayakan Piala Dunia di Stadium Gelora Bung Karno di sini September lepas, yang terpaksa dihentikan Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) akibat sikap negatif penonton.

"Ketika itu Bahrain mendahului 2-0. Bagaimana kalau sebaliknya dan perlawanan dihentikan. Tentunya kerugian pada tuan rumah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu beliau merayu kepada penonton yang akan ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu ini bagi menyaksikan perlawanan kelayakan Olimpik antara skuad negara menentang Syria, agar menjaga kelakuan mereka.

Katanya sebarang hukuman yang dijatuhkan FIFA terhadap skuad negara pasti akan membazirkan segala pelaburan kerajaan terhadap pasukan tersebut.

Lupakan Perlawanan Peringat Awal Jika Mahu Menang - Kim Swee

JAKARTA, 20 Nov -- "Lupakan perlawanan peringkat awal jika kita mahu menang dan kekalkan pingat emas yang dimiliki".

Ini amanat yang diberikan oleh jurulatih negara Ong Kim Swee kepada pemain skuad bola sepak negara yang akan mengharungi perlawanan akhir Sukan SEA ke-26 menentang tuan rumah Indonesia esok.

Apa yang pasti kemenangan 1-0 kepada Indonesia pada perlawanan peringkat Kumpulan A pada Khamis lalu memberi pengalaman berguna kepada pemain Bawah 23 Tahun Negara agar berhati-hati dan tidak leka terhadap keputusan tersebut hinggakan terlampau ghairah memburu kemenangan.

"Saya tidak mahu mereka terlalu yakin dengan diri sendiri. Saya tahu mereka keletihan dan saya mahu mereka kenali kekuatan dan prestasi sendiri.

"Dari segi semangat, sudah pasti para pemain akan turun berhabis-habisan menentang Indonesia nanti.

"Ini merupakan halangan terakhir untuk kita mengekalkan kejuaraan di Laos dalam acara bola sepak Sukan SEA," katanya ketika ditemui pemberita di hotel penginapan kontinjen bola sepak negara berhampiran Stadium Gelora Bung Karno di sini hari ini.

Malah beliau berkata skuad negara perlu realistik ketika beraksi dalam tempoh 90 minit perlawanan itu dan turun bermain bersama psikologi bagi menghadapi tekanan pemain lawan dan juga ejekan penonton tuan rumah yang sememangnya memusuhi pasukan negara dari awal.

"Usah pedulikan ejekan mereka. Kita kena guna kecergasan yang berbaki sebaiknya. Saya percaya jika kita tekankan bermain untuk menang pada awal babak pertama, pada minit ke-60 pastinya mereka (pemain) sudah pancit kerana kita sememangnya keletihan," katanya.

Kim Swee yang kini bebas dari penggantungan satu perlawanan dari berada di tepi padang berkata masalah kecederaan yang melanda skuad negara di bahagian penyerang dan pertahanan kiri dan kanan sedikit merencatkan agenda skuadnya namun beliau optimis kerana masih mempunyai pemain yang boleh diharapkan.

Beliau digantung ekoran membantah keputusan pengadil dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Fahad Alkassar semasa pertemuan Malaysia dengan Indonesia pada Khamis lalu.

"Saya telah punyai perancangan, gambaran dan siapa yang akan diturunkan bagi pertemuan menentang Indonesia esok.

"Saya telah membuat banyak keputusan sebelum ini yang dilihat berhasil. Kali ini tekanannya lain, maka saya perlu ambil risiko dalam percaturan esok di mana lima pemain saya telah mengalami kecederaan," katanya.

Lima pemain tersebut ialah penyerang Izzaq Faris Ramlan, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (sayap kiri), Syahrul Azwari Ibrahim (pemain tengah) Muhamad Fandi Othman (pertahanan kiri) dan Mohd Irfan Fazail (pertahanan kanan).

"Kita akan terlepas sentuhan Izzaq, Wan Zaharulnizam dan Syahrul. Mereka berkemungkinan besar terlepas beraksi pada hari esok dan juga saingan peringkat kumpulan kelayakan Olimpik menentang Syria nanti kerana masing-masing alami kecederaan pergelangan kaki.

"Saya juga kehilangan dua orang kuat Irfan dan Fandi yang juga cedera dan mereka akan digantikan dengan pemain lain yang akan saya tetapkan pada latihan terakhir petang ini," katanya.

Kim Swee mengharapkan Khairul Fahmi Che Mat mampu terus cemerlang menjadi penyelamat gawang daripada dibolosi tiga penyerang tuan rumah Patrick Wanggai, Titus Bonai dan Oktovianus Maniani yang dilihat berbahaya buat gawang negara.

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: