create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label Khairul Fahmi Che Mat. Show all posts
Showing posts with label Khairul Fahmi Che Mat. Show all posts

22 November 2011

Sikap Negatif Penonton Boleh Rugikan Bola Sepak Negara - Ahmad Shabery

JAKARTA, 20 Nov -- Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata segala usaha untuk membangunkan sukan bola sepak negara akan musnah sekiranya penonton bertindak liar dan gagal mematuhi peraturan di dalam stadium.

Beliau memberi contoh perlawanan antara Indonesia menentang Bahrain dalam kempen kelayakan Piala Dunia di Stadium Gelora Bung Karno di sini September lepas, yang terpaksa dihentikan Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) akibat sikap negatif penonton.

"Ketika itu Bahrain mendahului 2-0. Bagaimana kalau sebaliknya dan perlawanan dihentikan. Tentunya kerugian pada tuan rumah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu beliau merayu kepada penonton yang akan ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu ini bagi menyaksikan perlawanan kelayakan Olimpik antara skuad negara menentang Syria, agar menjaga kelakuan mereka.

Katanya sebarang hukuman yang dijatuhkan FIFA terhadap skuad negara pasti akan membazirkan segala pelaburan kerajaan terhadap pasukan tersebut.

13 February 2011

Kecoh: Khairul Fahmi Che Mat dihimpit VIP

Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 22, terus melekat dihati peminat industri hiburan tempatan apabila berjaya menyelamatkan gawang Malaysia beberapa kali sewaktu berlangsungnya perlawanan Piala AFF Suzuki 2010 di antara skuad Malaysia dengan Indonesia tidak lama dulu.

Malah, penjaga gol kacak ini turut dikaitkan dengan pelakon jelita, Nora Danish yang dalam diam-diam dikatakan turut meminati diri Apex. Kini timbul pula gosip yang terbaru. Kononnya, Apex kini dihimpit oleh wanita-wanita yang terdiri daripada golongan VIP. Lebih keterlaluan, ada pula yang khabar angin yang mengatakan kononnya Apex kini dibela oleh Sugar Mummy.

1 January 2011

Khairul Fahmi Tewaskan Markus dalam satu Undian di Forum Indonesia

Ternyata Khairul Fahmi telah menewaskan markus dalam satu undian di sebuah forum Indonesia

Link Forum Tersebut



"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

30 December 2010

Statistik Keyword Carian :"Khairul Fahmi Che Mat"

Salam.

Di sini remedy nak share tentang statistik carian terhadap Khairul Fahmi Che Mat.

Fenomena Penjaga Gawang skuad harimau malays ini sudah tidak dapat dielak lagi..Beliau glamour dengan sekelip mata.

Lihat Gambarajah di bawah:







"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

29 December 2010

Tangan Penyelamat Khairul Fahmi Che Mat Gagalkan Penalti Firman Utina

Penjaga Gol Handalan Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat adalah wira sebenar kejohanan bolasepak Piala AFF suzuki edisi ke-8.



Kecemerlangan beliau menyelamatkan tendangan penalti dari pemain Indonesia, Firman Utina membuatkan Indonesia mengigit jari.

Syabas Khairul Fahmi


"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

27 December 2010

Biodata Khairul Fahmi Che Mat

Nama Penuh: Khairul Fahmi Che Mat
Tempat Lahir: Kelantan
Tarikh lahir: 7 Januari 1989
Posisi: Penjaga Gol
Tinggi:172 cm
Berat: 60 kg
 
Cap Bersama Pasukan kebangsaan












Sun 26/12/10 AFC Malaysia 3 - 0 Indonesia

Sat 18/12/10 AFC Vietnam 0 - 0 Malaysia

Wed 15/12/10 AFC Malaysia 2 - 0 Vietnam

Tue 07/12/10 AFC Malaysia 5 - 1 Laos

Sat 04/12/10 AFC Thailand 0 - 0 Malaysia
Wed 01/12/10 AFC Indonesia 5 - 1 Malaysia

Mon 15/11/10 ASG Iran U23 3 - 1 Malaysia U23

Sat 13/11/10 ASG China PR U23 3 - 0 Malaysia U23

Wed 10/11/10 ASG Malaysia U23 0 - 2 Japan U23

Mon 08/11/10 ASG Kyrgyzstan U23 1 - 2 Malaysia U23


"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

20 December 2010

Siapa Juara Piala AFF Suzuki Cup Edisi ke-8 (Malaysia Lawan Indonesia)

Juara, siapa bakal dinobatkan juara bagi kejohanan bolasepak berprestij di peringkat Asean? Debaran semakin kuat bagai dibadai taufan bila Skuad Negara kita, Malaysia layak ke final setelah hampa selama 14 tahun menanti detik paling bersejarah.

Tapi awas, pasukan yang menanti kita di Final nanti bukanlah pasukan belasahan malah pasukan yang penuh dengan badi Gelora Bung Karno. Pasukan Indonesia pasti tidak mengambil mudah perlawanan Final pertama yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 hb Disember ini.

Sedikit Info Pasukan Negara:

Ketua Jurulatih: K. Rajagobal
Penolong Jurulatih: Tan Cheng Hoe
Jurulatih Penjaga Gol: Mohd Faozi Mukhlas

Pemain:

1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
2. Sharbinee Allawee (Terengganu)
3. Mahalli Jasuli (Harimau Muda)
4. Mohd Razman Roslan (Selangor)
5. Mohd Sabre Mat Abu (Kedah)
6. Khairul Helmi Johari (Kedah)
7. Mohd Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda)
8. Mohammad Muslim Ahmad (Harimau Muda)
9. Mohd Asrarudin Putra (Selangor)
10. Mohd Faizal Mohammad (Harimau Muda)
11. Mohd Amri Yahyah (Selangor)
12. Amar Rohidan (Perlis)
13. Safiq Rahim (Selangor)
14. Kunanlan Subramaniam (Negri Sembilan)
15. Mohd Ashaari Samsudin (Terengganu)
16. Khyril Muhymeen Zambri (Kedah)
17. Gurusamy Govandar Kandasamy (Harimau Muda)
18. Mohd Amirulhadi Zainal (Selangor)
19. Safee Sali (Selangor)
20. Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
21. Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda
22. Mohd Faizal Abu Bakar (Kedah)

Mampukah pasukan kebanggaan kita Malaysia mengembalikan kegemilangan bolasepak negara dengan membuktikan kali ini kita bukan bermimpi kosong.. Remedy? sudah pastinya Malaysia adalah juara piala AFF edisi ke-8.

Sedikit nasihat kepada penyokong dan peminat setia bolasepak Negara yang bakal berkunjung ke SNBJ nanti...datanglah awal..ini bagi mengelakkan kesesakan lalulintas dan kesulitan yang tidak diingini. Contohilah seperti sebuah kelab penyokong yang menggelarkan diri mereka ULTRAS MALAYA.  Bersatu hati serta bersemangat penyokong skuad negara dalam apa jua keadaan sekalipun.




"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: