Tahniah. Sepanyol adalah Juara baru kejohanan bolasepak Piala Dunia 2010. Ini ialah kejuaraan pertama buat skuad La Roja yang dilatih oleh Del Bosque...Sekali lagi sekalung tahniah buat Sepanyol.
Permainan pagi tadi banyak dicemari dengan insiden-insiden panas dan kad kuning menjadi bahan utama pengadil, kad merah turut dilayangkan kepada seorang pemain Belanda iaitu John Heitinga. Banyak percubaan tepat dilakukan oleh Sepanyol dan Belanda tapi dinafikan oleh penjaga gol masing-masing.
Gol keramat skuat Sepanyol dihadiahkan oleh A.Iniesta. Beliau adalah wira buat Sepanyol. Gol dijaringkan dalam masa tambahan.

