create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label Juara Piala Dunia. Show all posts
Showing posts with label Juara Piala Dunia. Show all posts

12 July 2010

Sepanyol Juara Piala Dunia 2010

Tahniah. Sepanyol adalah Juara baru kejohanan bolasepak Piala Dunia 2010. Ini ialah kejuaraan pertama buat skuad La Roja yang dilatih oleh Del Bosque...Sekali lagi sekalung tahniah buat Sepanyol.


Permainan pagi tadi banyak dicemari dengan insiden-insiden panas dan kad kuning menjadi bahan utama pengadil, kad merah turut dilayangkan kepada seorang pemain Belanda iaitu John Heitinga. Banyak percubaan tepat dilakukan oleh Sepanyol dan Belanda tapi dinafikan oleh penjaga gol masing-masing.

Gol keramat skuat Sepanyol dihadiahkan oleh A.Iniesta. Beliau adalah wira buat Sepanyol. Gol dijaringkan dalam masa tambahan.

TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

Siapa Juara Piala Dunia 2010: Belanda atau Sepanyol

Demam Piala Dunia sudah sampai ke kemuncak apabila lebih kurang tiga jam dari sekarang perlawanan akhir menemukan pasukan Belanda dan Sepanyol, kedua-dua pasukan sama mantap, sama kebal dan sama tajam dari segala aspek baik taktikal mahupun strategi.


Belanda dengan barisan penyerang yang tajam diketuai oleh Wesley Sneijder dan Arjen Roben manakala Sepanyol mempertaruhkan bintang David Villa dan Xavi, pasti menjajikan sebuah pertembungan yang amat sengit. 

David Villa dan Wesley Sneijder pasti turun dengan misi yang sama. Menjulang trofi kejuaraan dan juga menjadi penjaring terbanyak kejohanan, mereka berdua telah menjaringkan masing-masing 5 gol. Peminat-peminat pasukan Sepanyol dan Belanda sekarang ini ada yang sedang tidur dan mengunci jam loceng untuk bangun pukul 2.30 pagi nanti.

Jadi...Pasukan manakah akan bergelar juara: Belanda atau Sepanyol?


"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

5 July 2010

German Juara Piala Dunia 2010

Dalam kerancakan serta kejutan demi kejutan dirasai dalam Piala Dunia 2010. Bumi Afrika Selatan menyajikan hidangan terbaik buat peminat bola sepak dunia menyaksikan tumbangnya gergasi bola sepak dunia didahului dengan Perancis, Italy, England, Portugal, Brazil dan Argentina seakan meragui kehebatan bintang mereka seperti Ronaldo, Lionel Messi, Frank Lampard, Wayne Rooney dan juga Kaka. Mereka hebat bermain untuk kelab masing-masing tetapi tenggelam punca di pentas Piala Dunia.


Pasukan-pasukan ini mengakui kehebatan bintang mereka tetapi gah atas seorang bintang tidak akan membawa apa-apa makna kepada sesuatu perlawanan bola sepak sekiranya semangat sepasukan diketepikan. Rooney, Messi, Kaka serta Ronaldo dilihat seperti baru belajar menendang bola, seperti baru bertatih utuk mengawal bola si tengah padang. Di mana silapnya? 

Tetapi di sebalik kemalapan dan tumbangnya gergasi tersebut, nama-nama yang tidak diberi perhatian tiba-tiba menunjukkan taring seperti taring sudah lama diasah dan menunggu masa untuk bertarung dan sekarang inilah medan sebenar mengukur tahap ketajaman taring yang diasah. Pasukan Belanda, German, Uruguay dan Sepanyol akan berentap bagi memastikan tempat ke pentas final piala dunia sekaligus merangkul Trofi Piala Dunia. Persoalannya, siapa yang paling layak merangkul Juara Piala Dunia?



Jawapannya:
Juara:                 GERMAN
Naib Juara:        BELANDA
Ketiga:               SEPANYOL

*Ini adalah ramalan dari remedy sahaja

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: