create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label Memoir Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Memoir Mahathir. Show all posts

15 March 2011

Tengku Razaleigh Hamzah Bidas Memoir Tun Mahathir: Terlalu Banyak Pembohongan Politik

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan beberapa bahagian tulisan dalam memoir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, A Doctor in the House, sebagai ‘pembohongan politik’.

Katanya, tuduhan beliau menggunakan wang ketika berkempen dalam pemilihan UMNO 1987 (semasa menentang Dr Mahathir untuk rebut jawatan Presiden UMNO) tidak berasas kerana ketika itu beliau tidak mempunyai wang bagi membeli undi.


Beliau, yang pernah menjadi Menteri Kewangan, turut menafikan dakwaan beliau mengetuai Team B untuk mengadakan kempen kotor bagi menjatuhkan Dr Mahathir, yang mengakibatkan pengharaman UMNO oleh mahkamah.


“Saya dituduh membawa parti ke mahkamah. Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang. Saya tidak pernah mencuri dan menipu. Dia yang mencuri dan menipu akan rasa berdosa sepanjang masa, sepanjang hayatnya.


“Sebenarnya, saya menentang politik wang. Saya tidak ada kroni. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat semua perkara itu,” katanya dalam kenyataan, semalam.


Kelmarin, ketika pelancaran buku bahasa Mandarin Professor Wang Gangwu, berjudul Junzi, di Ipoh, Tengku Razaleigh berkata, pembohongan politik semakin meresap dalam arena politik tanah air masa kini.


“Ini adalah komoditi yang sukar diperoleh hari ini, khususnya dalam persekitaran politik yang dihadapi di Malaysia di mana pembohongan politik kian menular.


“Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir,” katanya.


Tengku Razaleigh berkata, walaupun Dr Mahathir membuat tuduhan, rakyat tetap memilihnya setiap kali beliau bertanding di Gua Musang.


Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau percaya ia tidak akan menggugat kedudukan dan imej UMNO dan Barisan Nasional (BN).


“Kebenaran tetap kebenaran. Apa yang diutarakan Ku Li adalah pandangan peribadinya. Setiap orang berhak mengutarakan pandangan,” katanya.

 
"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

7 March 2011

Buku Memoir Oleh Tun Dr Mahathir

Buku memoir oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" akan dilancarkan esok oleh MPH Group of Companies.

Pengurus Besar MPH Ivy Tan berkata buku yang ditunggu-tunggu setebal 800 muka surat berharga RM100 senaskhah itu "akan membawa pembaca menyusuri perjalanan hidup Tun yang hanya diketahui segelintir orang luar selain anggota keluarganya."

"Daripada zaman kanak-kanak, termasuk perjuangan Malaya sehingga berjaya membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan British, perang dunia kedua dan kemerdekaan serta kehidupannya sebagai seorang doktor," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari Isnin.

Beliau berkata buku itu yang akan mula dijual 10 pagi esok, memaparkan sejarah Malaysia "yang dilihat daripada kaca mata tokoh yang sentiasa memainkan peranan penting, termasuk dalam menentukan pertumbuhan dan pembangunan negara".

Buku itu memuatkan perjalanan hidup bekas perdana menteri yang disampaikan secara terus terang, spontan dan adakalanya dalam nada jenaka, katanya.

Dr Mahathir dijadual menghadiri majlis pelancaran buku itu di sini petang esok.

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"


REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: