create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label buku tun dr mahathir. Show all posts
Showing posts with label buku tun dr mahathir. Show all posts

15 March 2011

Tengku Razaleigh Hamzah Bidas Memoir Tun Mahathir: Terlalu Banyak Pembohongan Politik

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan beberapa bahagian tulisan dalam memoir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, A Doctor in the House, sebagai ‘pembohongan politik’.

Katanya, tuduhan beliau menggunakan wang ketika berkempen dalam pemilihan UMNO 1987 (semasa menentang Dr Mahathir untuk rebut jawatan Presiden UMNO) tidak berasas kerana ketika itu beliau tidak mempunyai wang bagi membeli undi.


Beliau, yang pernah menjadi Menteri Kewangan, turut menafikan dakwaan beliau mengetuai Team B untuk mengadakan kempen kotor bagi menjatuhkan Dr Mahathir, yang mengakibatkan pengharaman UMNO oleh mahkamah.


“Saya dituduh membawa parti ke mahkamah. Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang. Saya tidak pernah mencuri dan menipu. Dia yang mencuri dan menipu akan rasa berdosa sepanjang masa, sepanjang hayatnya.


“Sebenarnya, saya menentang politik wang. Saya tidak ada kroni. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat semua perkara itu,” katanya dalam kenyataan, semalam.


Kelmarin, ketika pelancaran buku bahasa Mandarin Professor Wang Gangwu, berjudul Junzi, di Ipoh, Tengku Razaleigh berkata, pembohongan politik semakin meresap dalam arena politik tanah air masa kini.


“Ini adalah komoditi yang sukar diperoleh hari ini, khususnya dalam persekitaran politik yang dihadapi di Malaysia di mana pembohongan politik kian menular.


“Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir,” katanya.


Tengku Razaleigh berkata, walaupun Dr Mahathir membuat tuduhan, rakyat tetap memilihnya setiap kali beliau bertanding di Gua Musang.


Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau percaya ia tidak akan menggugat kedudukan dan imej UMNO dan Barisan Nasional (BN).


“Kebenaran tetap kebenaran. Apa yang diutarakan Ku Li adalah pandangan peribadinya. Setiap orang berhak mengutarakan pandangan,” katanya.

 
"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

11 March 2011

Tutorial: Rahsia Mencari Keyword Paling Panas Minggu Ini

Kepada semua rakan Blogger, Remedy bukan nak menunjuk-nunjuk dengan free traffic dan kunjungan pengunjung yang bertali arus ke blog kitaransemula. Tapi sekadar untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu permainan memilih kata kunci atau keyword yang pastinya akan membantu menaikkan jumlah pengunjung ke blog kita.

Remedy juga adalah Blogger newbie..masih mencari-cari teknik dan kaedah paling pasif untuk menjana trafik. Tetapi percayalah dengan pemilihan keyword yang baik dan bermutu pastinya blog atau website kita akan selalu dikunjungi oleh pelawat yang datang dari enjin carian seperti google. Selain itu sumbangan dari pingsite seperti Gengblogger, Innit, Apesal.com dan Blogwalking juga dapat membantu menaikkan jumlah traffic.

Lihat Keyword dan kata kunci yang anda boleh gunakan untuk bersaing merebut organik trafik pada gambarajah di bawah:


Lihat juga semua pengunjung ini datang dari mana:

Ini adalah bukti di mana permainan dan pemilihan keyword yang sedang hangat dapat menarik jumlah pengunjung organik yang lebih ramai. Anda boleh gunakan keyword yang remedy berikan untuk dijadikan tajuk entri atau label/tag entri...selepas itu lihat hasilnya.




"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: