create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label Risiko Nuklear. Show all posts
Showing posts with label Risiko Nuklear. Show all posts

15 March 2011

Malaysia bebas pencemaran radiokatif dari Jepun

Malaysia mempunyai alat pengesan pencemaran radioaktif di udara, jika kehadiran bahan itu dari loji nuklear Daiichi Fukushima yang kebocoran akibat gempa bumi di Jepun Jumaat lalu dikesan, amaran akan dikeluarkan serta-merta kepada rakyat kita.

Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shahidan Radiman, berkata agak mustahil kesan pencemaran radiasi di negara itu boleh merebak pada jarak yang jauh.


Katanya, faktor cuaca di negara ini yang mempunyai taburan hujan sepanjang tahun menyukarkan pencemaran itu merebak ke Malaysia.

Beliau yang mengulas mengenai kebimbangan rakyat berikutan akan turut merebak ke negara ini berkata, jika tanda amaran kehadiran bahan radioaktif sudah dikeluarkan, orang ramai akan diminta berada di rumah dan tidak dibenarkan keluar bagi tempoh masa tertentu.


Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dengan penyebaran SMS khabar angin daripada pihak tertentu yang meminta penduduk negara ini berkurung dalam rumah atau memakai baju hujan bagi mengelakkan hujan asid yang kononnya boleh membakar kulit, menggugurkan rambut dan menyebabkan kanser

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

14 March 2011

Pembinaan Loji Nuklear Diminta Dibatalkan Bagi Mengelak Risiko Kebocoran

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Kerajaan disaran membatalkan cadangan membina loji nuklear bagi mengelak kesan buruk kebocoran loji nuklear seperti yang berlaku di Jepun.

Anggota Parlimen Klang daripada DAP, Charles Santiago berkata ancaman kebocoran tenaga nuklear boleh berlaku kepada mana-mana negara tidak terkecuali Jepun, sungguhpun negara itu mempunyai teknologi canggih serta berpengalaman dalam teknologi tenaga nuklear lebih 60 tahun.

Justeru katanya kerajaan perlu mengambil iktibar daripada kejadian tersebut memandangkan risiko bahaya kebocoran tenaga nuklear kepada negara ini adalah lebih besar jika pembinaan tersebut terus dilaksanakan.

"Kejadian yang berlaku terhadap loji nuklear Fukushima yang terletak 150 kilometer dari Tokyo memperlihatkan loji nuklear membawa risiko yang amat buruk kepada orang ramai dan alam sekitar.

"Walaupun ia mempunyai protokol keselamatan dan pakar pengurusan khusus bagi menghadapi kejadian tersebut tetapi tetap tidak terlepas daripada ancaman nuklear," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini Isnin.

Santiago mengulas kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui semalam bahawa kerajaan akan mengambil kira semua aspek termasuk keselamatan dan penerimaan rakyat bagi menjayakan rancangan pembinaan loji nuklear pertama Malaysia.

Sabtu lepas, loji nuklear kepunyaan Tokyo Electric Power Company (Tepco), Fukushima Daiichi meletup dan melebur ekoran gempa bumi pada 8.9 skala Richter yang melanda wilayah Miyagi, Jepun pada 1.46 petang (waktu tempatan) Jumaat lepas.

Berikutan letupan itu, amaran kebocoran nuklear terhadap kawasan tersebut dikeluarkan kerajaan Jepun dan kira-kira 200,000 penduduk terpaksa berpindah ke lingkungan lebih 10 kilometer jauh dari kawasan loji tersebut bagi mengelak bahaya radiasi yang mungkin terbabas keluar dari letupan berkenaan.

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: