create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label haram. Show all posts
Showing posts with label haram. Show all posts

20 January 2011

Senarai barang yang haram-sila semak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BA-BI
Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
Ajinomoto ( Thailand )
Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
Semua tauhu buatan Orang Cina
Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
Sabun FAB berbuku
Lobak Jeruk
Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT BA-BI, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)
Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
Daging Burger Import
Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
Kasut Bola Jenis ‘ Gold Cup’
Berus Gigi Jenis ‘ Reach’
Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
Semua sabun mandi yang diimport
Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
Have Pearl Cream
Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
Ubat Kurap buatan Org Cina
Beehon Segera Siam
Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK BA-BI DAN BINATANG TIDAK HALAL )
Bosset Wine Gum
Dairy Milk Coklat
Coklat Cadbury/ Chewing Gum
Sugus Strawberry
Passer Doily Mixture
Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
Scothes Vikmin
Share Extra Atrenght
Black Current Jelly
Royal Gulaman & Decart Oranges
Valvis Gelatin
Sarung Kapsul Ubat
Ais Krim dalam bekas plastic
Gula-gula Fruities
Cake Mets Vilber Punch
Coklat Cake
Tepung Kastard Lady’s Choice
Semua jenis Jelly
Semua jenis gincu bibir
Keseluruhan Jenis Sheisedo
Lady’s Choice Jelly

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA

Barangan Avon Keseluruhannya
Pewangi Ketiak Terutama Jenama Vitalis & Concord
Minyak Rambut Brylcream ( Hijau )
Racun Serangga Jenis Spray Seperti Sheltox, Baygon & Mortin
Seluruh Ubat Batuk Jenis Sirap
Keseluruhan Ball Pen Dakwat Kering
Tonik Bayi Grape Water, Tonik Waterberry Compound

SUMBER

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

9 July 2010

ESQ dan Fatwa: Tidak Bertentangan Dengan Ajaran Islam

IPOH, 9 Julai (Bernama) -- Program motivasi anjuran ESQ Leadership Centre Sdn Bhd (ESQ) tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam selain tidak mempunyai unsur-unsur yang membawa kesesatan, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.Beliau berkata program itu juga tidak ada kena mengena dengan fahaman liberalisme dan pluralisme.

Menurutnya muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 16 Jun lepas memutuskan bahawa ESQ tidak bertentangan dengan akidah dan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah."Muzakarah (Jawatankuasa) Fatwa Kebangsaan oleh mufti-mufti seluruh Malaysia telah bersidang sebanyak tiga kali bagi membincang secara terperinci program ESQ," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau mengulas tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mengharamkan modul program berkenaan kerana ajarannya didapati menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.Harussani berkata pengasas ESQ, warga Indonesia Ary Ginanjar Agustin juga dipanggil menjelaskan beberapa perkara dan perkataan yang kurang jelas dan menimbulkan kekeliruan berikutan buku ESQ yang ditulis dalam Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia.

"Kita (Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan) berpuas hati dengan penjelasan (beliau) bahawa (ESQ) tidak ada kena mengena langsung dengan fahaman liberalisme dan pluralisme," katanya.Beliau berkata jawatankuasa itu turut menasihati ESQ supaya membentuk panel syariah dan syarikat itu melantik beberapa bekas mufti sebagai anggota panel itu.

ESQ menubuhkan panel syariah dan akidah yang diketuai bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mustafa Abdul Rahman untuk memantau, menasihat dan menambah baik modul latihannya.

Harussani juga berkata beberapa mufti turut berjumpa dengan beberapa ulama Indonesia untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai program itu selain Majlis Ulama indonesia sendiri memperakui program itu baik.

"Modul program (ESQ) baik dalam menyedarkan peserta kepada ketuhanan, Islam dan peradaban," katanya.
Program itu telah disertai 65,000 orang termasuk orang kenamaan, korporat, pegawai kerajaan serta tokoh-tokoh agama termasuk beberapa orang Mufti.

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

11 June 2010

Bebola Babi? Jakim tak Buat Kerja Ker?

Mak aih...selalunya benda alah ni korang akan beli time nak masak mee goreng atau nasi goreng...kalau tak ada benda ni memang tak cukup bahanlah chef cakap...ha ha...makan yong tau fu pun sedap...memang wajib kena ada benda ni...bulat-bulat...besar dan kecik semua ada...ada ikan, udang, ketam, daging dan sebagainya...senang jer nak dapat benda ni..byk jual di kedai runcit, wet market dan juga pasar borong selangor..depan rumah remedy jer....

Tapi yang satu ni memang tak boleh masuk akal...Bebola Babi......Ha ha...siapa kata pegawai Jakim tak buat kerja?...Semalam, Pegawai KPDNKK dan Jakim merampas produk bebola daging babi di sebuah premis pemprosesan Mee, Kue Tiow dan produk Bebloa...

Yang menjadi kuemusykilan di benak aku bila dalam laporan sebauah akhbar hari ini...semasa serbuan...semua pekerja di premis tersebut memakai pakaian kerja berlogo Halal...Apa kejadahnya logo halal ni boleh diberi pada company bukan melayu yang terang2 buat keje x senonoh....

Korang boleh bayangkan Fishball, Bebola yang kita makan selama ni...di proses dan dicampur sekali dengan bebola babi....Apa kita nak buat sekarang...terus jer makan?...Aku memang dah mula boikot produk israel....tapi produk keluaran Malaysia macam mana pulak...? siapa nak jawap? 


Cuba korang tengok gambar ni....Bebola Babi...masih berselerakah kita?



"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: