create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label rusuhan di mesir. Show all posts
Showing posts with label rusuhan di mesir. Show all posts

3 February 2011

Internet Sudah Kembali di Mesir: Masa untuk kebenaran

hampir seminggu talian internet dan juga talian telefon dimatikan di Mesir dengan harapan pemberontak terputus hubungan dengan dunia luar...mungkin itulah yang diinginkan oleh rejim 30 tahun Hosni Mubarak...tapi sangkaan beliau 100% meleset..berita rusuhan segera tersebar ke seluruh pelusuk dunia.

Kini talian dan perhubungan internet telah beroperasi seperti biasa di mesir...harapan untuk melihat bukti-bukti kejam sepanjang seminggu rusuhan yang berlaku bakal terjawab..berapa ramai orang awam yang terkorban demi untuk berjak...tidak bagi Hosni...

Gunakanlah kemudahan internet untuk sebarkan segala kekejaman presiden mesir..


"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

2 February 2011

RUSUHAN DI MESIR : Berita terkini berikutan taklimat adik di Malaysia Hall

Tadi adik niesz missed call handphone mak, mak terus call adik di kaherah..

Adik niesz beritahu taklimat malam td beritahu pelajar mesir akan di hantar ke Jeddah secara berperingkat-peringkat. Dari Jeddah pelajar yang hendak balik ke Malaysia kena uruskan sendiri dengan menggunakan duit sendiri.

Bagi mereka yang ingin tinggal di Jeddah sesampai sahaja di sana nanti, perbelanjaan akan di sponsor oleh kerajaan.

Masa taklimat tu, ada pelajar Malaysia tanya, "KENAPA KERAJAAN MALAYSIA LAMBAT BERTINDAK", jawapan dari pegawai : " Kerajaan Malaysia akan bertindak ketika smpai ke tahap zon merah (kritikal) "

Mak niesz ada cakap dekat adik niesz yang kapal akan smpai 5hb nanti, mengikut BERITA BERNAMA hari ini, pelajar-pelajar kat sana semua still tak tahu tentang berita tu, boleh bayangkan mcmana harapan pelajar2 tu kat sana. Hanya mengharapkan family and kawan-kawan yang menghubungi mereka untuk beritahu mereka keadaan yang sebenarnya.

Sekarang ni semua pelajar di Malaysia Hall tengah tunggu taklimat besar-besaran untuk tindakan selanjutnya..

SUMBER ASAL

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

1 February 2011

Rusuhan Di Mesir dan Banjir di Johor: PRK Dun Tenang

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..Saya mulakan dengan yang paling belakang tajuk entri ini, "PRK DUN TENANG"..amat mendebarkan PRK kali ini..apa tidaknya pelbagai rumors tersebar sebelum, sewaktu hari mengundi dan juga selepas mengundi..ini isu politik tanah air..calon PAS dan calon BN bertanding satu lawan satu yang menyaksikan pelbagai isu peribadi dan juga mungkin satu fitnah bertebaran samada di dunia nyata muhupun dunia maya.

Disebabkan mengundi adalah di DUN Tenang...ujian Allah "BANJIR DI JOHOR" hanya ditonjolkan di Dun tersebut sedangkan dalam waktu yang sama banyak lagi daerah lain di Johor ysng sudah ditenggelami air tapi kurang diberi perhatian..Tenang lebih penting pada ketika itu...Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dipetik sebagai berkata, beliau mahu sistem amaran banjir lebih efektif...persoalannya di sini..apa iktibar yang pihak berwajib malahan pihak PBT ambil selepas peristiwa banjir besar di Johor pada 2006?..banjir pada tahun 2011 lebih dahsyat....ada sesiapa boleh tolong rungkaikan?

Tidak cukup dengan ujian di dalam negara...ujian datang lagi dengan "RUSUHAN DI MESIR" menjadi topik besar dunia apabila puak-puak yang sudah mual dengan pemerintahan kuku besi Presiden Mesir, Hosni Mubarak bertindak mahukan "Reformasi"...berpusu-pusu pelajar-pelajar luar negara yang terpaksa dibawa pulang kerana bimbang akan keselamatan mereka..tapi yang sedihnya kita baru hantar pasukan penilai yang diketuai Kohilan.

Persoalan di sini bukan semua isu di atas...persoalannya di mana suara-suara yang lantang sebelum ini..Dimanakah suara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri najib Tun Razak..dimanakah suara pemimpin-pemimpin negara yang lain, Wanita Pertama, Datin Seri Rosmah..marilah turun padang ke Selatan...tinjau-tinjau masalah di sana..Pemimpin-peminmpin masyarakat...hulurkanlah bantuan anda. Ingatlah..Pilihanraya Umum mungkin sudah tidak lama lagi...curahkanlah bakti supaya kami mampu mengundi...


Dengarlah nasihat dari kami..

Sekian,


Remedy a.k.a Irwan Bin Alif


"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

31 January 2011

rusuhan mesir - internet , phone diblock........rakyat malaysia lost contact

Protes menggulingkan pemerintah Mesir telah menyebabkan internet di sana dimatikan. rata2 penguna handphone mengakui internetnya terputus pada tengah malam kelmarin. Berita mengatakan kabel fiber optik di sana terputus.

pemerintah Mesir sebelumnya meminta semua ISP mematikan hubungan internet international.Semua provider, bisnis , bank, internet cafe, website, sekolah, tidak dpt menggunakan internet. 4 provider internet - Link Egypt, Vodafone/Raya, Telecom Egypt, dan Etisalat Misr telah mematikan sambungan ke luar negara Mesir.

hingga kini semua akses dari dalam dan luar negara Mesir terhenti, layanan email, Messenger dan web turut hilang. 

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: