14 July 2010

Juara Gadis Melayu dan Pembaca berita tv3 kena tipu MLM

KUALA LUMPUR: “Kami tak menipu, sebaliknya kami turut ditipu,” demikian penjelasan penyampai berita TV3, Saiful Nizam Ismail mengenai dakwaan dia dan isteri, Khairul Noormaidah Zali atau Aida yang juga juara program realiti Gadis Melayu di TV9 turut bersubahat dalam penipuan sebuah syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) atau jualan langsung.

TERTIPU...Amirol Azery menunjukkan cek tendang dan borang keahlian syarikat MLM terbabit.
Saiful Nizam, 28, berkata dakwaan itu makin tersebar melalui laman sosial facebook di Internet menyebabkan dia perlu tampil memberi penjelasan bagi membersihkan namanya dan mengelak wujud salah faham terhadap dia dan isterinya.

“Hakikatnya, saya juga kerugian kerana pelaburan saya RM30,000 ke dalam syarikat itu tidak mendapat pulangan sebagaimana dijanjikan,” katanya.Menurut Saiful Nizam, dia tidak meragui kewibawaan syarikat MLM itu dan yakin pelaburannya akan mendapat pulangan dijanjikan kerana jenama syarikat yang menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan itu stabil, sudah dikenali dan sering terbabit kerja amal.

“Bagaimanapun, selepas beberapa bulan saya langsung tidak menerima pulangan dijanjikan. Jika mengikut perjanjian, setiap bulan saya akan menerima bayaran yang jumlahnya 10 hingga 30 peratus daripada wang yang saya laburkan.

“Saya bukan terlalu ghairah untuk menjadi kaya dengan pulangan yang dijanjikan itu, sebaliknya saya ingin membuat kebajikan kerana syarikat itu mendakwa sebahagian daripada keuntungan syarikat didermakan kepada badan kebajikan,” katanya. Menurut Saiful Nizam, selepas tidak menerima sebarang pulangan pelaburan, dia menghubungi lelaki terbabit untuk mendapatkan maklum balas, namun pelbagai alasan diberikan sebelum dia langsung gagal dihubungi. Berikutan itu, Saiful dan isteri membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 9 Julai lalu.

Sumber: Harian Metro

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

2 Motivasi:

princess_eryna said...

salam kenalan.... aku mmg x pernah berminat nak join sebarang bentuk mlm kerr... ape kerr....nih laaa jd nyer..

Mr Noble said...

MLM = memang lambat merasa
thats what i believe. sebab tu tak caye pon MLM ni. kalu betul MLM ni bagus, dah lama PM ajak rakyat masuk MLM

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: