Permohonan hendaklah dibuat dengan
menggunakan Borang Permohonan Pinjaman Pendidikan yang boleh diperolehi
dari PTPTN atau semua IPT dengan harga RM5 senaskah. Borang permohonan
boleh juga diperolehi melalui pos iaitu dengan menyertakan Wang Pos dan
sampul surat beralamat sendiri (saiz 27cm x 34cm) serta setem berharga
RM2 ke alamat:
Ketua
Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan melalui IPT masing-masing mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh IPT iaitu dua (2) kali pada setiap semester. Permohonan yang dihantar secara terus ke PTPTN tanpa melalui IPT tidak akan dilayan.
Setiap permohonan mestilah dilampirkan
bersama SATU SALINAN dokumen sokongan yang
telah DISAHKAN seperti berikut:
- Kad Pengenalan pemohon; (muka hadapan dan belakang dibuat salinan pada muka surat yang sama)
- Surat Tawaran dari IPT;
- Sijil SPM (salinan transkrip keputusan peperiksaan SPM hanya diterima jika tidak melebihi tempoh DUA TAHUN dari tahun peperiksaan kepada tahun pinjaman PTPTN dibuat;
- Sijil kelayakan masuk lain (contoh: STPM/ Diploma/ Matrikulasi/ Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana (Master) (surat pengesahan tamat pengajian dari IPT perlu disertakan jika pemohon belum menerima sijil dan tiada pengesahan tamat pada transkrip peperiksaan);
-
Buku/ Penyata nombor akaun persendirian mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing;
- Slip Gaji atau Kad Pesara Kerajaan atau Borang Pengesahan Pendapatan (EA/EC) atau Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa / Penjaga dan Pasangan Penjaga / Pemohon dan Pasangan (format borang pengesahan pendapatan boleh diperoleh di sini);
- Sijil Kematian sekiranya ibu atau bapa kandung meninggal dunia atau Akuan Sumpah sekiranya tidak dapat dikesan;
- Surat Pengesahan/ Surat Akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat / Pusat Zakat, sekiranya pemohon / ibu / bapa / penjaga merupakan penerima bantuan bulanan dari agensi berkenaan;
- Kad keahlian SSPN/ slip deposit SSPN/ penyata akaun SSPN/ cetakan penyata akaun SSPN dari laman web PTPTN;
Bagi pelajar yang
mengemukakan permohonan pada semester 2 dan ke atas, tambahan dokumen
sokongan berikut diperlukan:
- Surat pengesahan masih belajar dari IPT;
- Salinan keputusan peperiksaan setiap semester sebelumnya.
(Setiap dokumen
sokongan hendaklah difotostat dengan menggunakan kertas bersaiz A4 dan
disahkan oleh pegawai yang layak).
Maklumat kod Institusi Pengajian dan Kod
Kursus boleh diperolehi dari IPT masing-masing atau klik di sini untuk
mendapatkan maklumat berkenaan.
Pegawai yang layak mengesahkan dokumen
adalah seperti berikut:
Wakil Rakyat, Pegawai Kerajaan
Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pengamal Undang-Undang, Pesuruhjaya
Sumpah, Jaksa Pendamai, Pengetua, Guru Besar Sekolah (sekolah kerajaan
sahaja), Pegawai Polis berpangkat ASP ke atas, Pegawai Tentera
berpangkat Kapten atau setaraf dan ke atas, Penghulu, Ketua Kampung,
Penggawa, Tuai Rumah, Ketua Kaum atau Mukim yang bertauliah.
Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan akan ditolak dan borang permohonan tidak akan dikembalikan. Pemohon boleh mengemukakan semula permohonan dengan menggunakan borang permohonan yang baru.
Sumber:
http://www.ptptn.gov.my
"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"
1 Motivasi:
apsal ptptn tak tukar bunga ke 1% ni? tak jadik tukar ker?
Post a Comment
"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"