create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!

2 July 2010

PTPTN: Kaedah Mudah Permohonan Pinjaman

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Pinjaman Pendidikan yang boleh diperolehi dari PTPTN atau semua IPT dengan harga RM5 senaskah. Borang permohonan boleh juga diperolehi melalui pos iaitu dengan menyertakan Wang Pos dan sampul surat beralamat sendiri (saiz 27cm x 34cm) serta setem berharga RM2 ke alamat:
Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur

Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan melalui IPT masing-masing mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh IPT iaitu dua (2) kali pada setiap semester. Permohonan yang dihantar secara terus ke PTPTN tanpa melalui IPT tidak akan dilayan.
Setiap permohonan mestilah dilampirkan bersama SATU SALINAN dokumen sokongan yang telah DISAHKAN seperti berikut:
  • Kad Pengenalan pemohon; (muka hadapan dan belakang dibuat salinan pada muka surat yang sama)
  • Surat Tawaran dari IPT;
  • Sijil SPM (salinan transkrip keputusan peperiksaan SPM hanya diterima jika tidak melebihi tempoh DUA TAHUN dari tahun peperiksaan kepada tahun pinjaman PTPTN dibuat;
  • Sijil kelayakan masuk lain (contoh: STPM/ Diploma/ Matrikulasi/ Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah Sarjana (Master) (surat pengesahan tamat pengajian dari IPT perlu disertakan jika pemohon belum menerima sijil dan tiada pengesahan tamat pada transkrip peperiksaan);
  • Buku/ Penyata nombor akaun persendirian mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing;
  • Slip Gaji atau Kad Pesara Kerajaan atau Borang Pengesahan Pendapatan (EA/EC) atau Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa / Penjaga dan Pasangan Penjaga / Pemohon dan Pasangan (format borang pengesahan pendapatan boleh diperoleh di sini);
  • Sijil Kematian sekiranya ibu atau bapa kandung meninggal dunia atau Akuan Sumpah sekiranya tidak dapat dikesan;
  • Surat Pengesahan/ Surat Akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat / Pusat Zakat, sekiranya pemohon / ibu / bapa / penjaga merupakan penerima bantuan bulanan dari agensi berkenaan;
  • Kad keahlian SSPN/ slip deposit SSPN/ penyata akaun SSPN/ cetakan penyata akaun SSPN dari laman web PTPTN;
Bagi pelajar yang mengemukakan permohonan pada semester 2 dan ke atas, tambahan dokumen sokongan berikut diperlukan:
  • Surat pengesahan masih belajar dari IPT;
  • Salinan keputusan peperiksaan setiap semester sebelumnya.
(Setiap dokumen sokongan hendaklah difotostat dengan menggunakan kertas bersaiz A4 dan disahkan oleh pegawai yang layak).
Maklumat kod Institusi Pengajian dan Kod Kursus boleh diperolehi dari IPT masing-masing atau klik di sini untuk mendapatkan maklumat berkenaan.
Pegawai yang layak mengesahkan dokumen adalah seperti berikut:

Wakil Rakyat, Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pengamal Undang-Undang, Pesuruhjaya Sumpah, Jaksa Pendamai, Pengetua, Guru Besar Sekolah (sekolah kerajaan sahaja), Pegawai Polis berpangkat ASP ke atas, Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf dan ke atas, Penghulu, Ketua Kampung, Penggawa, Tuai Rumah, Ketua Kaum atau Mukim yang bertauliah.

Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan akan ditolak dan borang permohonan tidak akan dikembalikan. Pemohon boleh mengemukakan semula permohonan dengan menggunakan borang permohonan yang baru.
Sekiranya pemohon tidak mendapat maklumbalas dalam masa 1 bulan dari tarikh penerimaan borang permohonan oleh PTPTN, permohonan tersebut dianggap tidak berjaya.

Sumber:  
http://www.ptptn.gov.my

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

1 Motivasi:

mrnoble said...

apsal ptptn tak tukar bunga ke 1% ni? tak jadik tukar ker?

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: