Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu melancarkan program
My-Geng BN bagi menarik lebih ramai golongan muda mendekati Barisan
Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.
Ketuanya, Badrul Hisham Zaki berkata, program secara bersemuka itu antara lain bertujuan mendapatkan maklum balas mengenai sikap pengundi muda melalui pendekatan yang lebih mesra.
Menurutnya, dalam usaha mengukuhkan sokongan rakyat khususnya golongan muda kepada parti, pelbagai pendekatan diatur sama ada di peringkat bahagian atau cawangan bersesuaian dengan minat dan kehendak golongan tersebut.
"Daripada maklum balas yang kita dapat, golongan muda tidak lari daripada BN tetapi mereka kurang diberi pendedahan mengenai dasar dan matlamat sebenar perjuangan parti ini.
"Sebab itu, program yang bakal menyusul selepas ini tidak terlalu memfokuskan kepada aktiviti yang berskala besar kerana hasrat kita bukan sahaja mahu melihat mereka bersama BN, malah memastikan golongan tersebut berada pada landasan yang tepat," katanya pada majlis pelancaran program itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Razali Ismail, dekat sini malam tadi.
Pelancaran disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Turut hadir, timbalannya, Datuk Ahmad Sabri Alwi.
Kata Badrul Hisham, program My-Geng BN itu bakal meletakkan jentera Pemuda BN di bahagian berkenaan pada kedudukan bersiap sedia untuk menghadapi cabaran sengit PRU akan datang.
Dalam pada itu, katanya, berdasarkan situasi politik semasa, pakatan pembangkang berada dalam zon kritikal berikutan penolakan rakyat terhadap gabungan tiga parti itu yang semakin ketara khususnya dalam pilihan raya kecil sebelum ini.
"Jentera pembangkang terutamanya Pas kini sudah mula merasai penolakan itu. Sebab itu, mereka tidak duduk diam dengan mengadakan ceramah demi ceramah bagi memastikan parti mereka terus bertapak," katanya.
Dengan tema Aspirasi Anak Muda Kini, turut diedarkan pelekat kenderaan, kemeja T, topi dan pelancaran My-Geng BN dalam laman sosial Facebook

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"
0 Motivasi:
Post a Comment
"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"