create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label E-Book RDS. Show all posts
Showing posts with label E-Book RDS. Show all posts

17 March 2011

E-Book Blogwalking Teknik (RDS) Dah Capai Jualan ke 100 Unit

Pertama sekali Remedy ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pembeli-pembeli e-book teknik blogwalking iaitu "Remedy Direct Source" (RDS). Kerana dengan jasa baik anda semua RDS telah mencapai sasaran jualan yang ke 100 unit.

E-Book ini telah remedy lancarkan pada Bulan April 2010 dan cuma melalui proses promosi melalui blog kitaransemula dan juga blog rakan-rakan seperjuangan. Walaupun promosi yang Remedy lakukan tidak seberapa tetapi permintaan tetap ada pada E-Book ini. Dijual dengan harga RM20 ternyata amat berbaloi untuk dimiliki.

Gambar:


Usaha berterusan akan Remedy lakukan untuk mencapai target jualan ke 200 unit pula selepas ini. Ini termasuklah dengan membuat sistem affiliate bagi merancakkan jualan E-book RDS ini.

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

25 July 2010

Pendapatan Sebulan Dari Blog Kitaransemula

Assalamualaikum dan salam sayang kepada pembaca blog kitaransemula dan rakan-rakan blogger Remedy. Sejujurnya Blog Kitaransemula telah wujud dari Febuari 2009. Keweujudan blog ini seperti pepatah lama hidup segan mati tak mahu...lebih kurang macam tu lah gambaran awal blog ini. Nama kitaransemula juga berinspirasikan dari perniagaan offline Remedy iaitu Kitar Semula Komputer".

Setelah genap sebulan blog kitaransemula bergiat aktif dalam dunia blogging, mungkin masih terlalu muda untuk remedy membakar semangat blogger-blogger lain di luar sana. tetapi sekadar untuk memotivasikan diri sendiri, remedy ingin berkongsi pendapatan selama sebualan melalui blog kitaransemula. Pendapatan ini tidak termasuk aktiviti kitar semula. Pendapan blog kitaransemula terhasil dari beberapa sumber.

Sumber 1: Penjualan E-Book RDS

28 Unit E-books x RM30 = RM840 (bayaran diterima dari M2U, Paypal dan Top up Maxis)

Sumber 2: Ruang Iklan

4 unit iklan kecil x RM10 = RM40
4 Unit Iklan besar x RM20 = RM80

 Sumber 3: Nuffnang

 RM18.00 (masih belum dapat dapat cash out)

 Jumlah keseluruhan RM978

Alhamdulillah, dengan pendapatan ini...Sebahagian besar telah Remedy gunakan untuk membangunkan satu lagi teknik Blogwalking yang masih dalam peringkat awal percubaan. Jika cukup modal, Insya'allah Teknik ini akan dilancarkan sebelum raya tahun ini.

sebahagian kecil dari pendapatan ini Remedy dapat jelaskan bil Internet dan juga membeli mainan buat Irdina Amalin...Remedy ucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan blogger yang memberi sokongan terhadap Blog Kitaransemula dan juga RDS...


"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

14 June 2010

Blogger, Blogwalking, Blogjogging (Cara Ukur Kesihatan Blog)

Pagi tadi remedy bermonolog sendiri, betul ker aku seorang blogger? kalau betul aku seorang blogger...apa buktinya? aku ni blogger yang jenis macam mana? saja ikut2 orang lain ada blog...aku nak ada blog jugaklah...atau blogger suam2 kuku...ataupun blogger yang sihat? semua perkara ni bermain dlm fikiran remedy...sendiri tanya...sendiri jawab....So macam mana nak tahu kita ni blogger yang sihat atau tidak? so remedy buat kesimpulan...kalau nak tahu sama ada kita ni seorang blogger yang sihat...kita perlu benchmark dari blog kita sendiri. Jom kita ukur kesihatan kita sebagai blogger.



1. Visiting Others Blogger Blog

a) Blogwalking semula blog yang tinggalkan jejak di blog kita
b) Blogwalking bila Nuff berjaga dari tidur
c) Blogwalking bila ada masa lapang
d) Blogwalking mengikut jadual dan list
e) Blogwalking + Blogjogging
f)  Blogwalking tanpa mengharap blogger lain datang semula ke blog kita
g) Blogjogging tanpa kenal penat
h) Blogwalking + Blogjogging sambil makan supplement (suruh orang click nuff)



2. Entri Posting

a) Post entri guna idea dan kreativiti sendiri
b) Post entri ciplak dari blog blogger lain
c) Post entri seminggu sekali
d) Post entri sebulan sekali
e) Entri post banyak tapi tiada kualiti
f) Entri post kurang tapi kualiti

Ok...daripada 2 attitude dekat atas tu..korang dan remedy bebas memilih nak jadi blogger macam mana, nak jadi blogger yang sihat atau kurang sihat, atau perlu makan supplement baru boleh sihat or macam mana...semua tu kita yang kena tentukan. Cukup setakat ni dulu ekk...nanti remedy akan fikirkan lagi entri2 yang best dalam blog remedy...

kalau korang suka entri ni...korang boleh copy and paste ke blog korang dengan syarat "Respect Des Font" dengan memberi credit atau backlink ke blog remedy k....


"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: