create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label free money online. Show all posts
Showing posts with label free money online. Show all posts

25 July 2010

Pendapatan Sebulan Dari Blog Kitaransemula

Assalamualaikum dan salam sayang kepada pembaca blog kitaransemula dan rakan-rakan blogger Remedy. Sejujurnya Blog Kitaransemula telah wujud dari Febuari 2009. Keweujudan blog ini seperti pepatah lama hidup segan mati tak mahu...lebih kurang macam tu lah gambaran awal blog ini. Nama kitaransemula juga berinspirasikan dari perniagaan offline Remedy iaitu Kitar Semula Komputer".

Setelah genap sebulan blog kitaransemula bergiat aktif dalam dunia blogging, mungkin masih terlalu muda untuk remedy membakar semangat blogger-blogger lain di luar sana. tetapi sekadar untuk memotivasikan diri sendiri, remedy ingin berkongsi pendapatan selama sebualan melalui blog kitaransemula. Pendapatan ini tidak termasuk aktiviti kitar semula. Pendapan blog kitaransemula terhasil dari beberapa sumber.

Sumber 1: Penjualan E-Book RDS

28 Unit E-books x RM30 = RM840 (bayaran diterima dari M2U, Paypal dan Top up Maxis)

Sumber 2: Ruang Iklan

4 unit iklan kecil x RM10 = RM40
4 Unit Iklan besar x RM20 = RM80

 Sumber 3: Nuffnang

 RM18.00 (masih belum dapat dapat cash out)

 Jumlah keseluruhan RM978

Alhamdulillah, dengan pendapatan ini...Sebahagian besar telah Remedy gunakan untuk membangunkan satu lagi teknik Blogwalking yang masih dalam peringkat awal percubaan. Jika cukup modal, Insya'allah Teknik ini akan dilancarkan sebelum raya tahun ini.

sebahagian kecil dari pendapatan ini Remedy dapat jelaskan bil Internet dan juga membeli mainan buat Irdina Amalin...Remedy ucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan blogger yang memberi sokongan terhadap Blog Kitaransemula dan juga RDS...


"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

21 June 2010

Blogger Pilihan Remedy (BPR) Suezir Boxes

Assalamualaikum dan selamat mengharungi minggu baru kepada semua rakan blogger serta pembaca setia blog remedy. Sepanjang minggu lepas remedy sibuk melakukan promosi e-book RDS untuk diberi kepada rakan blogger secara percuma. Kepada rakan blogger yang masih belum tahu apa sebenarnya RDS, biar remedy jelaskan sekali lagi. RDS ialah singkatan dari Remedy Direct Source. Ianya bukanlah software tetapi lebih kepada Tools dan Teknik untuk memudahkan blogger melakukan aktiviti blog walking secara sistematik. kelebihan teknik RDS ini selain dapat melakukan BW secara sistematik, ia juga dapat menjimatkan masa. Kepada yang masih tidak faham akan teknik ini boleh rujuk pautan di bawah:

http://kitaransemula.blogspot.com/2010/04/taktik-tarik-pengunjung-menjadial.html
http://kitaransemula.blogspot.com/2010/05/e-book-rds-pakej-3-kali-sedap.html
http://kitaransemula.blogspot.com/2010/06/e-book-rds-kini-percuma-dapatkan.html

Baiklah, berbalik kepada tajuk entri remedy, "Blogger Pilihan Remedy" ya...Mulai minggu ini, setiap isnin minggu pertama remedy akan cuba untuk membuat satu entri khas iaitu "Blogger Pilihan Remedy". (BPR). Remedy akan memilih satu blog setiap minggu untuk diangkat sebagai entri di blog remedy. So, BPR minggu ini ialah "Suezir Boxes"

Dengan hanya bermodalkan RM500, pemilik http://suezirboxes.blogspot.com, Sufiah Muhadzir, 24 tahun berjaya mengembangkan perniagaan menjual kotak hadiah secara online. Dulunya sebagai hobi tetapi kini punca rezeki. Gabungan kemahiran IT dan juga kreativiti kini membuahkan hasil, kata anak ketiga dari 5 adik beradik ini. Baru-baru ini juga cerita tentang beliau ada dikeluarkan di Majalah Jutawan

Pelbagai jenis kotak boleh dibeli juga ditempah di Suezir Boxes. Tarikan warna, saiz, corak serta harga yang berpatutan menjadi kekuatan produk online Sufiah. Beliau sempat berkongsi sedikit Tips memulakan perniagaan kotak hadiah secara online yang boleh dijadikan garis panduan. Antaranya ialah:

> Sentiasa rajin membuat rujukan daripada pelbagai informasi
> Kreatif, Fokus dan yakin pada diri sendiri
> Rajin mengemaskini blog
> Sentiasa menepati masa
> Perlu sabar melayan kerenah pelanggan

Antara kotak hadiah buatan tangan Sufiah..sungguh menarik


Remedy doakan Sufiah Muhadzir akan terus menggapai gemilang dalam perniagaan kotak hadiah yang diminatinya. Tahniah juga remedy ucapkan kepada Sufiah yang baru memulakan tugas sebagai seorang arkitek. teruskan usaha anda.

Olahan Sumber dari:
Majalah Jutawan
Suezirboxes.blogspot

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: