create your own banner at mybannermaker.com!
create your own banner at mybannermaker.com!

21 June 2010

Blogger Pilihan Remedy (BPR) Suezir Boxes

Assalamualaikum dan selamat mengharungi minggu baru kepada semua rakan blogger serta pembaca setia blog remedy. Sepanjang minggu lepas remedy sibuk melakukan promosi e-book RDS untuk diberi kepada rakan blogger secara percuma. Kepada rakan blogger yang masih belum tahu apa sebenarnya RDS, biar remedy jelaskan sekali lagi. RDS ialah singkatan dari Remedy Direct Source. Ianya bukanlah software tetapi lebih kepada Tools dan Teknik untuk memudahkan blogger melakukan aktiviti blog walking secara sistematik. kelebihan teknik RDS ini selain dapat melakukan BW secara sistematik, ia juga dapat menjimatkan masa. Kepada yang masih tidak faham akan teknik ini boleh rujuk pautan di bawah:

http://kitaransemula.blogspot.com/2010/04/taktik-tarik-pengunjung-menjadial.html
http://kitaransemula.blogspot.com/2010/05/e-book-rds-pakej-3-kali-sedap.html
http://kitaransemula.blogspot.com/2010/06/e-book-rds-kini-percuma-dapatkan.html

Baiklah, berbalik kepada tajuk entri remedy, "Blogger Pilihan Remedy" ya...Mulai minggu ini, setiap isnin minggu pertama remedy akan cuba untuk membuat satu entri khas iaitu "Blogger Pilihan Remedy". (BPR). Remedy akan memilih satu blog setiap minggu untuk diangkat sebagai entri di blog remedy. So, BPR minggu ini ialah "Suezir Boxes"

Dengan hanya bermodalkan RM500, pemilik http://suezirboxes.blogspot.com, Sufiah Muhadzir, 24 tahun berjaya mengembangkan perniagaan menjual kotak hadiah secara online. Dulunya sebagai hobi tetapi kini punca rezeki. Gabungan kemahiran IT dan juga kreativiti kini membuahkan hasil, kata anak ketiga dari 5 adik beradik ini. Baru-baru ini juga cerita tentang beliau ada dikeluarkan di Majalah Jutawan

Pelbagai jenis kotak boleh dibeli juga ditempah di Suezir Boxes. Tarikan warna, saiz, corak serta harga yang berpatutan menjadi kekuatan produk online Sufiah. Beliau sempat berkongsi sedikit Tips memulakan perniagaan kotak hadiah secara online yang boleh dijadikan garis panduan. Antaranya ialah:

> Sentiasa rajin membuat rujukan daripada pelbagai informasi
> Kreatif, Fokus dan yakin pada diri sendiri
> Rajin mengemaskini blog
> Sentiasa menepati masa
> Perlu sabar melayan kerenah pelanggan

Antara kotak hadiah buatan tangan Sufiah..sungguh menarik


Remedy doakan Sufiah Muhadzir akan terus menggapai gemilang dalam perniagaan kotak hadiah yang diminatinya. Tahniah juga remedy ucapkan kepada Sufiah yang baru memulakan tugas sebagai seorang arkitek. teruskan usaha anda.

Olahan Sumber dari:
Majalah Jutawan
Suezirboxes.blogspot

"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"

4 Motivasi:

Ecah Shafiee said...

best..sangat cantek..

Stargone said...

yup.. memang kreatif dan cantik. :)

Mario said...

perghh...ni yg semangat nak bisnis online ni...

Nur S. said...

chanteknya. berkenan betul.

Post a Comment

"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"

REMEDY X-CHANGE LINK FORM

create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com! create your own banner at mybannermaker.com!
Your Nick:
Your Blog URL: