Alhamdulillah, segalanya selesai sudah. Baru balik dari mahkamah syariah. Saya
menceraikan isteri saya dengan talak 3 ... tiada lagi ruang untuk kami
kembali.
Luahan di atas adalah kisah benar dari seorang suami yang mendapati isteri beliau telah curang di laman facebook. Baru-baru ini remedy dapat satu mesej di dalam e-mail group berkaitan isu ini..di bawah ini petikan penuh dari perasaan seorang suami yang luluh hatinya, semoga jadikan pengajaran.
"Alhamdulillah
segalanya selesai sudah. Baru balik dari mahkamah syariah. Saya
menceraikan isteri saya dengan talak 3 ... tiada lagi ruang untuk kami
kembali. Puncanya ... isteri yang selama ini saya sayang sangat pada dia
tidak belah bagi akhirnya kantoi kerana menduakan suami melalui
hubungan dengan lelaki kawan lama yang muncul hubungi dia melalui
facebook. Saya telah lebih 2 bulan menyiasat kegiatan mereka yang
bermula dengan tegur menegur di facebook.. saling mencurah perasaan
rindu dendam... akhirnya membawa kepada pertemuan sulit hingga mereka
terlanjur. Bila saya dah kumpulkan semua bukti saya pun bentangkan pada
dia... akhirnya mengaku lalu saya ceraikan dia serta merta.
Kepada suami suami sekelian.... berhati hati dengan aktiviti isteri anda di facebook. Mereka mungkin akan curang pada bila bila masa. Jika anda sekelian ingin belajar bagaimana untuk menceroboh masuk akaun perempuan curang seperti itu sila email saya. Saya ada kaedah yang efisen dan terbukti berjaya membongkar hubungi sulit isteri saya.
sekian dan hati hati lah"
Semoga apa yang dilalui oleh sahabat kita ini dapat dijadikan pengajaran, laman sosial pasti ada kebaikan dan pasti juga ada keburukan, pandai-pandailah kita mencari faedah darinya...perkongsian ini bukan sahaja untuk renungan para suami..malah.para isteri..perhatikanlah juga suami2 anda di facebook...sebelum ianya terlanjur...Nasihat ini remedy tujukan buat diri remedy juga.
"TURN YOUR TRASH COMPUTER FOR CASH"
6 Motivasi:
lor...bahaya betul kan. itulah..bentuk kecurangan zaman moden > fesbuk, frester, blog, twitt dll. Tapi harus diingat, bukan isteri jer...suami pun sama gak...TERcurang di dalam alam maya dan membawa ke pada alam realiti.
btol tu.ramai da mcm tuh~
To Mak Ngoh: Betul tu mak ngoh...bila remedy dapat e-mail tu kira tersentak jugaklah..kecurangan zaman sekarang memang dahsyat..dan mudah jer nak berlaku
To Alinac: Dah ramai ker jadi macam tu?
macam2 le kes sekarang,yang penting semua tu atas diri sendiri....tepuk dada tanya iman...
skang ni bende2 yg tak baik dah byk berlaku kat social network, cam kes tipu duit dsb. ini bermakna makin ramai org yg tak baik dah pandai bersocial networking.
ambil kesempatan dengan kemudahan yang disedia kan
Post a Comment
"KITAR SEMULA KOMPUTER UNTUK TUNAI"